Sila klik

Ahad, 26 Disember 2010

Guake Terminal menyenangkan kerja arahan terminal

Selasa, 21 Disember 2010

Memasang Chromium Sebagai default Web Browser




chromium web browser
HAMPIR keseluruhan masa sebelum ini saya menggunakan Mozilla Firefox sebagai web browser dalam ubuntu saya. Merasakan prestasi yang kurang memuaskan hati saya menggunakan mozilla kebelakangan ini (secara peribadi) menguatkan lagi keinginan saya untuk beralih kepada enjin pencari web yang lain.


Untuk itu, baru-baru ini saya telah cuba memasang Chromium sebagai web browser pada ubuntu 10.04LTS saya, prestasinya amat cemerlang dan saya amat berpuas hati..Yang pasti Chromium berbeza dengan Google Chrome.

Kini, Chromium menjadi default bagi enjin pencari web ubuntu saya.


Untuk memasangnya dalan ubuntu 10.04LTS,
1. Buka terminal, taipkan

      sudo add-apt-repository ppa:chromium-daily/ppa && sudo apt-get update

2. Setelah proses diatas selesai, seterusnya taipkan pada terminal

      sudo apt-get install chromium-browser

3. Selesai dan anda boleh melayari internet dengan tenang.


Selamat mencuba.

Isnin, 20 Disember 2010

Minitube bak kecil cili padi.


Sebagai pengguna internet saya memang gemar melayari laman Youtube untuk menonton klip video kegemaran saya terutamanya klip ceramah agama, politik dan kartun 3d Upin dan Ipin untuk si kecil.


Setelah sekian lama melayari youtube dengan kaedah biasa, baru-baru ini saya telah cuba menggunakan aplikasi MINITUBE untuk mencapai klip video kegemaran saya. Secara peribadi, dengan menggunakan aplikasi Minitube ini capaian video saya kehendaki menjadi begitu mudah, senang dan ianya nampak kemas.


Rabu, 29 September 2010

KITA UBUNTU SELAMANYA....



UBUNTU satu nama yang membuatkan saya tertarik apabila pertama kali mata memandang perkataan ini dalam satu majalah IT tanah air. Satu perkataan yang pelik dan ianya menggambarkan satu situasi “pecah kepala”, sememangnya menarik perhatian saya untuk terus mengetahui apakah sebalik UBUNTU itu. Kata orang tua-tua tak kenal maka tak cinta dan dari saat itulah saya mula mengetahui serba ringkas mengenai UBUNTU..satu perkara menarik pasti di dalamnya..dan ianya bukanlah “pecah kepala” tapi merungkai segala masalah yang boleh membuatkan kita “pecah kepala” selama ini dan pastinya menyuburkan lagi pengetahuan dunia komputer dalam diri saya.

Dengan serba ringkas pengetahuan dan keterbatasan info yang saya ada..saya mula gali lubang UBUNTU..akhirnya saya membuat keputusan untuk mencuba UBUNTU. Bermula dengan Hardy Heron 8.04, perjalanan di atas rel UBUNTU saya mulai...saya hanya boleh berkata “WOW!!!! Memang hebat..!!” Segala permasalahan virus yang menghantui selama ini dapat diubati. Jemu dengan desktop yang sedia ada selama ini juga telah dirawat. Terasa juga selama ini memang dikencing oleh manusia kapitalis..UBUNTU adalah penawar!!!

Selama ini saya memang bukanlah expert dalam dunia OS komputer dan IT ini (sekarang pun biasa je...kalau masih guna win xtaulah jadi ape) tapi UBUNTU telah membawa aku mencedok ilmu yang begitu banyak dalam komputer ni. Maklumlah saya bukannya dari bidang IT...dengan sumber terbuka ini sedikit sebanyak membantu orang seperti saya mendalami dunia OS komputer dan IT ini. Komuniti UBUNTU banyak membantu menyelesaikan permasalah dan memberi info yang amat berguna dan bermakna sekali.

Dan sekarang saya menggunakan UBUNTU desktop versi 10.04 Lucid Lynx dan pada netbook pula saya menggunakan UBUNTU netbook Remix 9.04. Pergerakan yang pantas UBUNTU membuatkan kita terus dahagakan ilmu linux ini. Kita berharap masyarakat menyedari kewujudan UBUNTU dan menggunakannya dengan selesa sekali. Peranan kita pengguna UBUNTU yang telah mengUBUNTU diri masing-masing untuk menyampaikan tentang OS sumber terbuka ini kepada masyarakat adalah satu tanggung jawab secara tidak langsungnya.


Sabtu, 25 September 2010

Wangsa Ubuntu disemai

Wangsa Ubuntu hari telah disemai ditapak semaian blogspot untuk menjadi ianya satu lagi daripada ratusan mahupun ribuan blog yang ditulis untuk distro Ubuntu Linux. Wangsa memulakan tulisan pada blog ini setelah banyak berfikir apakah perlu blog ini ditulis...kerana biarlah ianya (blog ini) menjadi satu bahan yang dapat membantu pengguna dan komuniti UBUNTU. Banyak atau sedikit ilmu yang diberi ianya amat bermanafaat. Dengan menulis blog ini juga penulis merasakan ianya membantu penulis study tentang OS ini dengan berkesan. Apapun yang penting niat kita yang ikhlas pasti akan dibalas dengan hasil yang bermutu.

Bermula dengan Hardy ke Lucid, penulis cuba mendalami selok belok ubuntu. Semakin banyak pelajari rasa semakin banyak yang kita harus dalami. Itu ilmu yang maha luas dianugerahkan oleh ALLAH kepada umat manusia.