Sila klik

Selasa, 13 November 2012

MEGACLOUD : Satu Servis Simpanan Awan (Cloud Storage) Yang Menarik Untuk Pengguna Windows dan Ubuntu


Jika dulu kalau di sebut cloud storage/simpanan awan pasti janggal dan terasa kekoknya, tapi kini simpanan awan telah menjadi satu gedung simpanan data yang meluas kepenggunaannya untuk pengguna komputer, hari ini terdapat pelbagai servis simpanan awam muncul dengan pelbagai pakej atau tawaran yang menarik, masing-masing mempunyai daya penariknya, cuma kita sebagai pengguna, sejauh manakah kita menggunakan simpanan awan ini?


Bagi capaian data yang efisien, dengan kemunculan variasi gajet, kita memerlukan satu tempat simpanan data yang memungkinkan kita mengakses dan perkongsian data yang dikehendaki di mana-mana jua. Simpanan awan merupakan satu alternatif tempat simpanan data yang sentiasa berkembang kapasitinya dan pasti data tersebut selamat disimpan.
Bagi pengguna linux khususnya Ubuntu, satu simpanan awan telah dibekalkan secara percuma, Ubuntu One menyediakan storan percuma sebanyak 5Gb kepada penguna OS Ubuntu, bagi pengguna Windows pula bagaimana?


Secara peribadi saya menggunakan Ubuntu dan Windows 7 sebagai OS netbook dan juga desktop, jadi untuk capaian data antara Ubuntu dan Windows 7 saya mengguna simpanan awan Megacloud sebagai perantaranya.


Megacloud merupakan satu servis simpanan awan yang menarik di antara beberapa penyedia servis berikut, untuk simpanan pada Megacloud kita diberikan 8Gb storan percuma dan 8Gb lagi storan untuk backup data.