Jika
dulu kalau di sebut cloud storage/simpanan awan pasti janggal dan
terasa kekoknya, tapi kini simpanan awan telah menjadi satu gedung
simpanan data yang meluas kepenggunaannya untuk pengguna komputer,
hari ini terdapat pelbagai servis simpanan awam muncul dengan
pelbagai pakej atau tawaran yang menarik, masing-masing mempunyai
daya penariknya, cuma kita sebagai pengguna, sejauh manakah kita
menggunakan simpanan awan ini?
Bagi
capaian data yang efisien, dengan kemunculan variasi gajet, kita
memerlukan satu tempat simpanan data yang memungkinkan kita mengakses
dan perkongsian data yang dikehendaki di mana-mana jua. Simpanan awan
merupakan satu alternatif tempat simpanan data yang sentiasa berkembang kapasitinya dan
pasti data tersebut selamat disimpan.
Bagi
pengguna linux khususnya Ubuntu, satu simpanan awan telah dibekalkan
secara percuma, Ubuntu One menyediakan storan percuma sebanyak 5Gb
kepada penguna OS Ubuntu, bagi pengguna Windows pula bagaimana?
Secara
peribadi saya menggunakan Ubuntu dan Windows 7 sebagai OS netbook
dan juga desktop, jadi untuk capaian data antara Ubuntu dan Windows 7
saya mengguna simpanan awan Megacloud sebagai perantaranya.
Megacloud
merupakan satu servis simpanan awan yang menarik di antara beberapa
penyedia servis berikut, untuk simpanan pada Megacloud kita diberikan
8Gb storan percuma dan 8Gb lagi storan untuk backup data.
Servis
backup data ini hanya untuk OS windows sahaja, jadi storan
keseluruhan diberikan ialah sebanyak 16Gb percuma. Storan yang
diberikan sebenarnya dapat ditambahkan dari masa ke semasa setelah
memenuhi beberapa perkara yang ditawarkan. Kita hanya perlu masukkan
data yang dikehendaki pada folder megacloud yang disediakan dan
ianya akan disynchronizekan dan data tersebut boleh dicapai
dimana-mana dengan mudah, servis Megacloud juga merangkumi pengguna
gajet yang beorentasikan Android.
Untuk mendapatkan info lanjut mengenai simpanan awan Megacloud bolehlah kunjungi di sini.
Secara
peribadi Megacloud dapat membantu perkongsian data dengan mudah dan
selamat, rasanya tak rugi anda mencubanya.
Selamat
mencuba!!!
Acucubotrateh!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan