Sila klik

Rabu, 31 Oktober 2012

XWidget dan XLaunchpad untuk Windows 7 & 8


Sebelum ini dalam tulisan saya yang lepas, saya ada menyentuh tentang paparan desktop. Memang tidak dinafikan paparan desktop yang menarik dan kreatif mempengaruhi keterujaan dan kekerapan penggunaan sesebuah komputer. Desktop yang hampar mempunyai kesan sebaliknya.

Desktop yang berasaskan OS Linux pada asasnya tidak mempunyai masalah dalam modifikasi desktopnya kerana ia asasnya sumber terbuka. Namun kepada pengguna Windows ianya agak terhad atau sedikit aplikasi kearah itu.


Bagi pengguna Windows 7, terdapat satu aplikasi widget yang kreatif dan dapat membantu pengguna memenuhi citarasa pengguna.


Xwidget dan XLaunchpad merupakan satu aplikasi sumber terbuka untuk mengolah paparan desktop Windows menjadikan ianya lebih segar dan kreatif. 

Aplikasi ini didatangkan secara percuma. Disamping visual dan animasi yang menarik, aplikasi ini juga didatangkan bersama editor untuk widget tersebut.


Aplikasi ini sesuai untuk platform Windows XP/ Vista/ Windows 7/ Windows 8. Anda boleh kunjungi di sini untuk maklumat lanjut dan muat turun.

Secara peribadi aplikasi ini memang classs!!!
Selamat mencuba!!!
Acucubotrareh!!!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan