Saya jarang ke
pawagam untuk menonton. Mungkin kesuntukan masa, boleh
dikira dengan jari berapa kali saya ke pawagam, mungkin juga suasana
pawagam membuatkan saya tak berapa gemar ke sana, bagi saya menonton
di pawagam adalah terlalu formal, saya sukakan santai apabila
menonton.
Untuk
menonton movie, saya biasanya membeli dvd/vcd yang
dikehendaki ataupun saya akan mendownloadkan movie pilihan saya.
Biasanya saya gemar memasuki DDMF untuk mendownload movie.
Dalam
DDMF, biasanya file movie ini dipecah-pecahkan kepada beberapa
bahagian, contohnya moviefile.mkv.001,
moviefile.mkv.002, moviefile.mkv.003 dan seterusnya. Untuk menonton
movie yang telah didownload itu, kita mestilah gabung/joint pecahan
file tersebut. Biasanya aplikasi yang digunakan untuk joint file ini
ialah HjSplit.
Bagi
pengguna ubuntu/Linux, terdapat beberapa kaedah pemasangan(install)
aplikasi ini. Disini saya akan terangkan kaedah Install HjSplit
menggunakan Java version :
- Mula-mula, pastikan Java version telah dipasang dalam sistem. Taipkan arahan berikut pada terminal untuk mengetahui status version Java dalam sistem.
java -version
- Untuk pemasangan java dalam sistem anda, sila rujuk di sini.
- Setelah dipastikan Java telah sedia, anda boleh download di sini.
- Buat satu folder baru dan namakannya hjsplit, tempatkan file hjsplit yang telah didownloadkan kedalam folder hjsplit tersebut.
- Kemudian buka properties file hjsplit_g.jar dan pada bahagian permissions tandakannya sebagai Allow executing file as program.
- Setelah selesai anda boleh menggunakan aplikasi ini dengan mudah.
Selamat Mencuba!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan