Aplikasi
pejabat atau Office Suite merupakan set aplikasi yang penting dalam
sesebuah OS komputer. Tugasan untuk menyelesaikan kerja-kerja
seharian untuk pejabat, pelajar dan individu didokong oleh aplikasi
Word, Spreadsheets dan Presentation.
Bagi
pengguna Linux aplikasi pejabat ini didokong oleh Libre Office dan
beberapa aplikasi dari sumber terbuka yang lain. Manakala bagi
Windows, Microsoft Office merupakan aplikasi pejabat yang menjadi
kemestian dalamnya.
Bagi
pengguna Windows terdapat satu alternatif sebagai pilihan untuk
aplikasi pejabat iaitu Kingsoft Office Suite.
Kingsoft
Office Suite merupakan satu set aplikasi pejabat yang boleh dikatakan yang
paling hampir dengan suasana Microsoft Office. Aplikasi Kingsoft ini
didatangkan dengan set pejabat iaitu Kingsoft Word, Kingsoft
Spreadsheet dan Kingsoft Presentation. Apa yang pentingnya aplikasi
ini boleh didapati secara percuma dan terdapat juga dalam versi
berbayar.
Untuk
maklumat
lanjut
tentang
aplikasi
ini
pengguna
bolehlah
ke
http://www.kingsoftstore.com/kingsoft-office-freeware.html
untuk
maklumat
lanjut.
Secara
peribadi, aplikasi ini mesra pengguna dan terdapat kelebihan yang
tersendiri.
Selamat
mencuba!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan