Sila klik

Selasa, 16 Oktober 2012

uGet antara pilihan internet download manager untuk Ubuntu/Linux dan Windows


Kebanyakkan pengguna mempunyai pilihan dan penilaian yang berbeza. Begitu juga dalam memilih aplikasi yang bersesuaian dengan kesesuaian masing-masing, selera yang berbeza.



Dalam OS Ubuntu 11.10 yang digunakan dalam netbook ini, saya telah memilih uGet sebagai aplikasi internet download manager, secara peribadi aplikasi uGet ini mudah untuk saya jalankan, lain-lainnya ialah :
  • Simple, mudah digunakan, dan sangat ringan.
  • Mendukung pause dan resume.
  • Mempunyai kemampuan untuk mengklasifikasi download dan setiap kategori dapat dikonfigurasikan secara terpisah.
  • Dapat digunakan melalui perintah di Terminal (command line).
  • Adanya clipboard monitoring.
uGet juga telah mengeluarkan versi terbaharu mereka iaitu uGet 1.10.2, untuk versi terbaharu ini, penggunaan shortcut untuk keyboard telah diadakan seperti :
  • Enter = opens the downloaded file
  • Shift + Enter = opens the file's containing folder.
  • Delete = deletes the entry from inside of uGet
  • Shift + Delete = deletes the entry and the file ("Delete File and Data")
Bagi mereka yang ingin mencuba aplikasi ini bolehlah ke halaman uGet di sini untuk maklumat lanjut, bagi mereka yang menggunakan OS windows juga boleh mencubanya dan bandingkan dengan aplikasi yang telah biasa anda gunakan.
Bagi pengguna ubuntu, untuk install aplikasi ini (Ubuntu 12.04) bolehlah memasukkan arahan berikut pada terminal anda :

sudo add-apt-repository ppa:plushuang-tw/uget-stable
sudo apt-get update && sudo apt-get install uget

Selamat Mencuba!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan