Sila klik

Ahad, 2 Disember 2012

Aplikasi Yang Patut Ada Dalam Gajet Android Setiap Muslim

Kemajuan pesat dalam teknologi banyak membawa manfaat kepada sejagat. Boleh dikatakan setiap orang pasti ada gajet tertentu disamping mereka. Akhir ini, gajet berasaskan Android menjadi pilihan pengguna. Telefon pintar atau tablet dijadikan teman pembantu untuk menyelesaikan tugasan harian.



Sebagai pengguna muslim banyak aplikasi membantu kita menjadi seorang muslim yang sejati. Pada tulisan saya kali ini, sedikit info tentang aplikasi berasaskan Android yang patut terdapat dalam gajet setiap individu muslim. Dua aplikasi yang dapat mengingatkan diri kita ini adalah kerdil, hamba Allah dan kita ada tempat yang ditujui kelak.

Aplikasi yang menjadi pilihan saya ialah :




  1. MySolat, dimana aplikasi ini dapat membantu kita mengingati tugasan wajib 5 kali sehari yang patut kita segera lakukan. Tiba waktu solat pengguna dapat membuat pilihan mengumandangkan azan penuh/separa ataupun ‘beep’ secara ringkas. Turut sama disertakan pada aplikasi ialah arah kiblat yang menggunakan fungsi GPS. Fungsi ini amat penting bagi mereka yang selalu dalam perjalanan
  2. Quran Android, setiap muslim pasti satu quran yang lengkap disamping beberapakan tambahan seperti kita dapat mendownload terus bacaan Quran dari qari pilihan. Aplikasi pastinya memudahkan kita menbaca Quran dimana sahaja, secara peribadi aplikasi menyenangkan saya untuk memperbetulkan bacaan.


Untuk mendapatkan aplikasi ini seperti biasa jeguklah ke https://play.google.com/store/apps/
Dengan adanya aplikasi ini sekurang-kurangnya seperti dua aplikasi diatas dapat mempertingkatkan lagi ketakwaan kita, bagi saya setidak-tidaknya kita telah membawa 2 perkara yang baik sentiasa bersama kita.
Selamat memcuba.
Acucubotrateh!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan