Adakah anda menggunakan peranti telefon pintar anda sepenuhnya? Kehadiran gajet pintar dewasa ini terutamanya berasaskan Android menjadi pilihan no 1 pengguna umumya. Jadi secara peribadi, gajet/telefon pintar tidak menjadi pintar jika kita tidak menggunakan aplikasi sistem itu semaksimum mungkin.
Berbalik kepada tajuk posting kali ini iaitu kita dapat menggunakan telefon berasaskan Android sebagai alat kawalan jauh untuk PC anda. Dimana gajet ini membantu kita mencapai aplikasi, folder dan fail-fail di dalam PC dari jauh menggunakan peranti tersebut. Kita dapat mencapai dan membuka Google Chrome, Mozilla Firefox, mengawal Windows Media Player, VLC, YouTube dan sebagainya tanpa masalah. Mudah dan menyenangkan!!!
Untuk menjadikan peranti atau gajet android sebagai alat kawalan jauh untuk PC anda, kita perlukan perlukan satu aplikasi iaitu Unified Remote sebagai aplikasi komunikasi/penghubung antara peranti android dan PC. Apa yang penting peranti android dan PC anda dihubungkan pada rangkaian (networks) yang sama.
Muat turun aplikasi Unified Remote untuk PC anda di sini. Kemudian install pada PC dan jalankan aplikasi tersebut.
Untuk peranti Android pula aplikasi Unified remote boleh diperolehi dari Google Play Store., muat turun dan install pada peranti tersebut. Jalankan aplikasi tersebut dan klik pada ‘servers’ dan seterusnya klik pada “Add -> Automatic“.
Setelah proses setup selesai, nama PC anda akan terpapar tersenarai kemudian klik nama PC anda tersebut dan akhir sekali klik pada ‘remote’. Proses untuk menjadikan peranti android anda sebagai alat kawalan jauh telah selesai.
Seterusnya anda boleh menggunakan peranti tersebut untuk mencapai aplikasi, folder dan sebagainya sepertimana yang tersenarai pada aplikasi kawalan itu.
Selamat mencuba!!!
Acucubotrateh!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan