Sila klik

Isnin, 20 Disember 2010

Minitube bak kecil cili padi.


Sebagai pengguna internet saya memang gemar melayari laman Youtube untuk menonton klip video kegemaran saya terutamanya klip ceramah agama, politik dan kartun 3d Upin dan Ipin untuk si kecil.


Setelah sekian lama melayari youtube dengan kaedah biasa, baru-baru ini saya telah cuba menggunakan aplikasi MINITUBE untuk mencapai klip video kegemaran saya. Secara peribadi, dengan menggunakan aplikasi Minitube ini capaian video saya kehendaki menjadi begitu mudah, senang dan ianya nampak kemas.





Untuk mencuba dan menginstall aplikasi Minitube ini,mula-mula pergi kepada Ubuntu Software Centre -- Sound & Video -- Minitube dan tekan install.

Atau taipkan arahan ini pada terminal:

sudo apt-get install libqt4-network phonon-backend-gstreamer gstreamer0.10-ffmpeg gstreamer0.10-plugins-bad




Setelah selesai, anda boleh mencubanya dan bagi saya ianya bak cili padi, kecil namum ianya amat berbisa pedasnya.





Selamat mencuba....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan