Sila klik
Ahad, 26 Disember 2010
Selasa, 21 Disember 2010
Memasang Chromium Sebagai default Web Browser
chromium web browser
HAMPIR keseluruhan masa sebelum ini saya menggunakan Mozilla Firefox sebagai web browser dalam ubuntu saya. Merasakan prestasi yang kurang memuaskan hati saya menggunakan mozilla kebelakangan ini (secara peribadi) menguatkan lagi keinginan saya untuk beralih kepada enjin pencari web yang lain.
Untuk itu, baru-baru ini saya telah cuba memasang Chromium sebagai web browser pada ubuntu 10.04LTS saya, prestasinya amat cemerlang dan saya amat berpuas hati..Yang pasti Chromium berbeza dengan Google Chrome.
Kini, Chromium menjadi default bagi enjin pencari web ubuntu saya.
Untuk memasangnya dalan ubuntu 10.04LTS,
1. Buka terminal, taipkan
sudo add-apt-repository ppa:chromium-daily/ppa && sudo apt-get update
2. Setelah proses diatas selesai, seterusnya taipkan pada terminal
sudo apt-get install chromium-browser
3. Selesai dan anda boleh melayari internet dengan tenang.
Selamat mencuba.
Isnin, 20 Disember 2010
Minitube bak kecil cili padi.
Sebagai pengguna internet saya memang gemar melayari laman Youtube untuk menonton klip video kegemaran saya terutamanya klip ceramah agama, politik dan kartun 3d Upin dan Ipin untuk si kecil.
Setelah sekian lama melayari youtube dengan kaedah biasa, baru-baru ini saya telah cuba menggunakan aplikasi MINITUBE untuk mencapai klip video kegemaran saya. Secara peribadi, dengan menggunakan aplikasi Minitube ini capaian video saya kehendaki menjadi begitu mudah, senang dan ianya nampak kemas.

Langgan:
Catatan (Atom)