Sila klik

Ahad, 17 Februari 2013

Awas!!! Lindungi Gajet Android Anda.........

Tidak dapat dinafikan Android merupakan OS yang popular dan menjadi pilihan semua. Sebahagian besar dari masyarakat menggunakan gajet berasaskan Android untuk melakukan pelbagai aktiviti termasuk perbankkan online. Jadi besar kemungkinan gajet anda terdedah kepada situasi yang tidak diingini. Oleh itu langkah memberikan gajet anda satu perlindungan yang sepatutnya bergantung kepada kepenggunaannya adalah satu kemestian.

Sepertimana yang kita ketahui semua, virus serta malware merupakan satu ancaman jika bersikap acuh tak acuh pada keselamatan sistem gajet anda. Bahkan pertumbuhan malware yang menyerang Android cenderung lebih cepat dibanding malware yang menyerang . Informasi tersebut berdasarkan pada data yang dituliskan dalam laporan yang dikeluarkan oleh Micro. Di sini dikemukakan beberapa malware yang paling banyak menyerang Android di beberapa buah negara iaitu Andr/PJApps-C, Andr/BBridge-A, Andr/BatteryD-A, Andr/DrSheep-A, Andr/DroidRt-A, Andr/Opfake-C, dan Andr/Boxer-A.

Namun begitu beberapa aplikasi yang dapat mengenal pasti serangan dan ancaman ini dapat kita installkan pada paranti android untuk langkah keselamatan. Diantara aplikasi tersebut ialah :

1. Sophos Mobile Security

Aplikasi ini boleh didapati daripada play store secara percuma. Merupakan perisian terkini dari SophosLabs. Fungsi anti-virus ini membantu anda untuk mengelakkan perisian yang tidak diingini yang boleh membawa kepada kehilangan data dan kos yang tidak dijangka. Aplikasi ini juga melindungi peranti anda daripada serangan melalui kod USSD atau lain-lain khas. Dan jika peranti anda hilang atau dicuri, satu sistem kawalan jauh akan mengelakkan dan melindungi maklumat peribadi anda dari diceroboh.


2. Avast Mobile Security
Aplikasi ini dapat mengawal kecurian atau kehilangan gajet secara kawalan jauh (remote) sel telefon tracker / pencari dan malware perlindungan (dengan penghalang USSD).
Amat disyorkan oleh Android, AV-Test, PCAdvisor, Techworld, dan kini lebih 10 juta pengguna di seluruh dunia!(p- saya gunakan aplikasi ini daaa...)


3. TrustGo Anti-Virus and Mobile Security
TrustGo Antivirus & Mobile Security mendapat sokongan penuh untuk Dolphin Browser # 1 Mobile Web Browser di Google Play, yang memastikan melayari selamat dan melindungi telefon pintar anda dari aplikasi virus dan berniat jahat. Muat turun Pelayar Dolphin PERCUMA dan menikmati pengalaman melayari selamat.
  
Semoga aplikasi yang telah dipaparkan dapat memberi manfaat kepada kehidupan dunia maya kita. Jangan sesekali memandang enteng soal keselamatan. Beringat sebelum terkena.

Sekian selamat semuanya.
Acucubotrateh!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan