Sila klik

Memaparkan catatan dengan label islamic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label islamic. Papar semua catatan

Isnin, 14 Oktober 2013

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Dari Wangsa Linux...Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha....Selamat Beribadah Korban...Semoga korban kita diterima Allah...InsyaAllah.

Acucubotrateh!!!

Selasa, 1 Oktober 2013

30 Orang Pertama Dalam Islam


ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM :
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. 

Ahad, 24 Februari 2013

Mari Belajar Jawi : Aplikasi Tulisan Maruah Bangsa...

سلام...کالي اين وڠسا لينوايک س اکن برچريتا تنتڠ توليسن جاوي يڠ سماکين هاري دلوڤاکن اوليه بڠساڽ سنديري. سجاٴوە مان ݢينراسي هاري اين ممڤو منوليس جاوي، دڠن لنچر؟ سيتواسي اين امت مڽديهکن. نامون ببراڤا اوسها ڤيهق٢ ترتنتو دالم ممرتبتکن
                                                                                                                                  توليسن واجر دڤوجي.
Satu laman mengenai tulisan jawi iaitu ejawi.net telah menawarkan satu aplikasi secara online untuk menukarkan tulisan rumi kepada tulisan jawi. Klik pada transliteration untuk mendapat aplikasi menukar rumi ke jawi. Selain itu beberapa maklumat tentang aktiviti tulisan jawi oleh pertubuhan atau badan tertentu dimuatkan.

Jumaat, 15 Februari 2013

Kelebihan Hari Jumaat


Hari jumat merupakan hari agung yang Allah mengistimewakan umat Islam dibandingkan semua umat sebelumnya dengan menganugerahkan kepada mereka hari ini. 


Hari jumat ini merupakan hari terciptanya manusia pertama, hari dia dimasukkan ke dalam surga, hari dia dikeluarkan darinya, dan tidak akan tegak hari kiamat kecuali pada hari jumaat. Dia merupakan hari raya pekanan kaum muslimin, shalat berjamaah pada hari tersebut (shalat jumat) -ditambah syarat lainnya- merupakan penghapus dosa selama sepekan ke depan bahkan Allah menambahkan padanya 3 hari sebagai rahmat dan keutamaan-Nya kepada para hamba.

Di akhir hari tersebut ada waktu mustajabah dimana Allah menjamin akan mengabulkan doa orang yang berdoa saat itu. Dan para ulama menyatakan bahwa waktu tersebut adalah antara shalat ashar dan maghrib di akhir hari jumat.

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ وَزِيَادَةُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ وَمَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا

“Barangsiapa yang berwudhu lalu dia menyempurnakan wudhunya, kemudian dia mendatangi shalat jumat, lalu dia mendengarkan (khutbah) dan tidak berbicara, maka akan diampuni (dosa-dosa yang dilakukannya) antara hari itu sampai hari jumat depannya, ditambah tiga hari. Dan barangsiapa yang memegang-megang batu kerikil, maka dia telah berbuat kesia-siaan.” (HR. Muslim no. 857)

Khamis, 24 Januari 2013

Maulidur Rasul : Sistem Islam Dinobatkan Ajaran Islam Dimartabatkan


Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini.

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.

Ahad, 20 Januari 2013

Renungan : 10 Kata-kata Nasihat Daripada Saidina Ali r.a


Pada posting yang lalu saya telah memaparkan beberapa kata nasihat atau kata hikmah daripada sahabat Rasulullah, khususnya Saidina Ali r.a, diharapkan agar tulisan lalu itu memberikan satu pedoman untuk kita semua.

Kali ini juga saya akan memaparkan lagi 10 kata-kata nasihat daripada Saidina Ali r.a, sepertimana yang kita ketahui Saidina Ali r.a merupakan antara sahabat yang banyak menuturkan kata-kata yang penuh hikmah, mari kita sama-sama renungkan kata-kata sahabat nabi ini mudahan ianya berguna dalam kehidupan seharian kita.

Di antara kata-kata Saidina Ali r.a ialah:
1.  Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
2.  Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging yang tersimpan rapi di dalam rusuknya.
3.  Mengajar adalah proses pembelajaran.
4.  Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.
5.  Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

Ahad, 2 Disember 2012

Aplikasi Yang Patut Ada Dalam Gajet Android Setiap Muslim

Kemajuan pesat dalam teknologi banyak membawa manfaat kepada sejagat. Boleh dikatakan setiap orang pasti ada gajet tertentu disamping mereka. Akhir ini, gajet berasaskan Android menjadi pilihan pengguna. Telefon pintar atau tablet dijadikan teman pembantu untuk menyelesaikan tugasan harian.



Sebagai pengguna muslim banyak aplikasi membantu kita menjadi seorang muslim yang sejati. Pada tulisan saya kali ini, sedikit info tentang aplikasi berasaskan Android yang patut terdapat dalam gajet setiap individu muslim. Dua aplikasi yang dapat mengingatkan diri kita ini adalah kerdil, hamba Allah dan kita ada tempat yang ditujui kelak.

Aplikasi yang menjadi pilihan saya ialah :




  1. MySolat, dimana aplikasi ini dapat membantu kita mengingati tugasan wajib 5 kali sehari yang patut kita segera lakukan. Tiba waktu solat pengguna dapat membuat pilihan mengumandangkan azan penuh/separa ataupun ‘beep’ secara ringkas. Turut sama disertakan pada aplikasi ialah arah kiblat yang menggunakan fungsi GPS. Fungsi ini amat penting bagi mereka yang selalu dalam perjalanan
  2. Quran Android, setiap muslim pasti satu quran yang lengkap disamping beberapakan tambahan seperti kita dapat mendownload terus bacaan Quran dari qari pilihan. Aplikasi pastinya memudahkan kita menbaca Quran dimana sahaja, secara peribadi aplikasi menyenangkan saya untuk memperbetulkan bacaan.

Sabtu, 22 September 2012

Jom Boikot!!!


Hari ini kita ummat Islam diinjak-injak maruahnya. Lepas satu-satu permainan kafir zionis keatas muslim. Filem laknat 'Innocence of Muslims' merupakan kesinambungan jelas permusuhan zionis keatas ummat Islam. Benarlah, kafir laknat ini tak akan berhenti permusuhannya dengan kita selagi kita tidak 'mengikuti' mereka. Mereka ini adalah darahnya bertaraf halal untuk dipenggal.



Jangan kita tunggu lagi, kita mulakan dengan boikot barangan mereka. Kita mulakan dengan McD, Coke dan KFC.

Selasa, 28 Ogos 2012

7 Kata-kata Hikmah Dari Saidina Ali r.a - Sejenak Bermuhasabah


Masa berlalu pantas meninggalkan perlakuan yang telah kita lakukan. Ada perkara yang baik dan ada perkara yang silap telah kita perbuatkan, kadang-kadang kita lupa, lalai dan merugikan atau mensia-siakan masa yang dianugerahkan.

Muhasabah diri amat bernilai sekurang-kurangnya apa yang baik diperkuatkan lagi, apa yang silap mudah-mudahan dapat diperbetulkan. Kesempatan atau detik hati untuk kita merenung diri adalah satu anugerah yang tak ternilai kerana kita diberikan hidayah untuk bermuhasabah diri kita.


Adakalanya untuk melakukan perubahan, seseorang itu memerlukan dorongan atau kata-kata sebagai penguat dan pembakar semangat. Di sini dapat kita kongsikan sebahagian kata-kata yang penuh hikmah. Diantara 7 kata-kata hikmah Saidina Ali r.a untuk tatapan dan renungan bersama :

1. Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

2. Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal . Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yg baik.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Dalam Perjalanan (Musafir) - Solat Jamak dan Qasar

Hari ini memang jalan raya semakin sesak, kenderaan memenuhi jalan raya, sekali lagi kita bermusafir menuju kampung halaman. Dalam semangat berkobar nak sampai ke kampung tu solat jangan kita lupa agar perjalanan kita diberkati Allah.
Disini dapat kita kongsikan tentang solat jamak dan qasar untuk kita praktikkan semasa dalam perjalanan balik kampung. Moga-moga solat ini akan memudahkan urusan kita.

Pengertian
Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.

Pembahagian Solat Jamak
Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.

Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.

Syarat Jamak Taqdim
    1.Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
    2.Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
    3.Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
    4.Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
    5.Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.

Syarat Jamak Takhir
    1.Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
    2.Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.

Syarat Qasar
    1.Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
    2.Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
    3.Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
    4.Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
    5.Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).
    6.Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
    7.Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

Ahad, 12 Ogos 2012

Balik Kampung

10 Tips Memandu Kenderaan bagi Perjalanan Jauh


Hari Raya Aidilfitri sudah hampir, pastinya segala kelengkapan perayaan telah disiapkan. Warga kota akan menuju kampung halaman masing-masing menyambut hari lebaran bersama keluarga tercinta. Jalanraya pasti akan berlaku kesesakan, kenderaaan menuju destinasi masing-masing.


Bagi mereka yang menempuhi perjalanan yang jauh, pastinya sudah melakukan beberapa persiapan untuk memastikan perjalanan yang selamat dan selesa. Warga Kelantan contohnya, terpaksa menempuhi satu perjalanan yang jauh sehingga 500km, ianya memakan masa hampir 12jam perjalanan, dengan keadaan jalan yang sesak, trafik jem, menuntut kesabaran yang tinggi. Apapun semangat beraya di kampung mengatasi segala-galanya.

Di sini, kita kongsikan beberapa tips untuk memandu bagi perjalanan yang jauh.....

1. Mulakan perjalanan dengan Bismillah....dan baca doa menaiki kenderaan dan berdoa kepada Allah agar perjalanan kita selamat.

2. Jika anda akan melakukan perjalanan jauh, rancanglah perjalanan untuk mengelakkan rasa letih dan mengantuk. Tulis atau tandakan perjalanan anda di dalam peta perjalanan anda pastikan laluan alternatif yang boleh digunakan jika jalan utama mengalami kesesakan atau tidak boleh dilalui.

3. Periksa kenderaan anda, pastikan tayar dalam keadaan baik, tekanan angin tayar yang mencukupi, lampu hadapan, lampu brek dan lampu isyarat berfungsi, cecair enjin kenderaan seperti minyak enjin dan minyak brek yang mencukupi dan selenggara kenderaan anda di pusat perkhidmatan kenderaan mengikut jadual.

Selasa, 7 Ogos 2012

Malam Lailatul-Qadar

Setelah menempuhi hari-hari di bulan ramadhan dengan penuh kesabaran, kini kita telah menghampiri penghujung bulan yang penuh barakah ini. Melalui 10 hari terakhir ramadhan merupakan satu tempoh waktu yang dinantikan, malam lailatul-qadar yang penuh dengan kebaikan dan rahmat Allah. Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.


Lailatul-Qadar adalah kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada umat Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang tidak ternilai fadhilatnya. Ini ada kaitan dengan umur manusia di zaman akhir ini (Umat Muhammad).

“Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)"
(Surah al-Qadar).

Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar).
Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat, itulah kelebihan umat Muhammmad antaranya diampunkan dosa-dosanya pada malam Lailatul Qadar belum pernah terjadi kepada umat lain sebelum ini. Disamping doa dan harapan kita umat Islam untuk mendapat kesejahteraan hidup, rezki yang berkat, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik dan sebagainya tiada hijab untuk Allah menerima dan memakbulkannya.