Sila klik

Memaparkan catatan dengan label accessories. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label accessories. Papar semua catatan

Rabu, 9 Oktober 2013

Aplikasi Microsoft Office Pro 2013 Portable




Salam dan Selamat Sejahtera...
Kebelakangan ini saya memang jarang update posting di dalam blog, mungkin terlalu sibuk dengan hal-hal lain. Baik, kali ini saya ingin berkongsi mengenai aplikasi office (pejabat). Boleh dikatakan semua pengguna komputer atau gajet lain menggunakan aplikasi office seperti word, spreedsheet , presentation dan sebagainya. Dalam posting saya sebelum ini saya ada bercerita tentang aplikasi Office Kingsoft dan secara peribadinya saya sudah lama tidak menggunakan aplikasi office dari Microsoft Office, saya lebih banyak menggunakan aplikasi office dari Libre Office dan Kingsoft Office.


Berbalik kepada tajuk posting kali ini, pengguna yang selalu menggunakan aplikasi Microsoft Office pasti ingin versi aplikasi office mereka yang terbaru. Kini pengguna boleh dapatkan Microsoft Office Pro 2013 portable, secara peribadinya saya telah mencuba aplikasi ini dan ianya berbaloi. Aplikasi portable ini memaparkan ciri-ciri terbaru Microsoft Office dan ianya mesra pengguna.

Sabtu, 27 April 2013

Layan Lagu dengan Grooveshark

Grooveshark merupakan satu aplikasi media yang menjanjikan kepuasan kepada penggemar musik dalam pelbagai genre musik yang diminati. Grooveshark merupakan memainkan pilihan lagu kegenarab anda secara online, namun begitu ianya boleh dimainkan secara offline mengikut versinya.
Aplikasi ini boleh dilayari menggunakan aplikasi pelayar web kegemaran anda seperti Mozilla, Chrome, Safari dan pelbagai lagi. Namun begitu ianya boleh dilayari tanpa menggunakan pelayar web, dengan pengguna aplikasi mudah-alih Grooveshark, anda boleh buka aplikasi ini secara terus pada windows anda. Untuk muat turun aplikasi ini sila klik link berikut Grooveshark.

Ahad, 17 Februari 2013

Awas!!! Lindungi Gajet Android Anda.........

Tidak dapat dinafikan Android merupakan OS yang popular dan menjadi pilihan semua. Sebahagian besar dari masyarakat menggunakan gajet berasaskan Android untuk melakukan pelbagai aktiviti termasuk perbankkan online. Jadi besar kemungkinan gajet anda terdedah kepada situasi yang tidak diingini. Oleh itu langkah memberikan gajet anda satu perlindungan yang sepatutnya bergantung kepada kepenggunaannya adalah satu kemestian.

Sepertimana yang kita ketahui semua, virus serta malware merupakan satu ancaman jika bersikap acuh tak acuh pada keselamatan sistem gajet anda. Bahkan pertumbuhan malware yang menyerang Android cenderung lebih cepat dibanding malware yang menyerang . Informasi tersebut berdasarkan pada data yang dituliskan dalam laporan yang dikeluarkan oleh Micro. Di sini dikemukakan beberapa malware yang paling banyak menyerang Android di beberapa buah negara iaitu Andr/PJApps-C, Andr/BBridge-A, Andr/BatteryD-A, Andr/DrSheep-A, Andr/DroidRt-A, Andr/Opfake-C, dan Andr/Boxer-A.

Namun begitu beberapa aplikasi yang dapat mengenal pasti serangan dan ancaman ini dapat kita installkan pada paranti android untuk langkah keselamatan. Diantara aplikasi tersebut ialah :

1. Sophos Mobile Security

Aplikasi ini boleh didapati daripada play store secara percuma. Merupakan perisian terkini dari SophosLabs. Fungsi anti-virus ini membantu anda untuk mengelakkan perisian yang tidak diingini yang boleh membawa kepada kehilangan data dan kos yang tidak dijangka. Aplikasi ini juga melindungi peranti anda daripada serangan melalui kod USSD atau lain-lain khas. Dan jika peranti anda hilang atau dicuri, satu sistem kawalan jauh akan mengelakkan dan melindungi maklumat peribadi anda dari diceroboh.

Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013


2012 telah meninggalkan kita, begitu cepat rasa masa berlalu, setahun telah kita jalani kehidupan dan kini kita menempuh tahun yang baru, 2013. Pastinya dengan kedatangan tahun baru yang tiba ini kita menanam keazaman jauh di lubuk sanubari masing-masing. Masing-masing mempunyai hasrat ingin dicapai. Letakkan keazaman itu seeratnya pasti ianya membuahkan hasil, InsyaAllah!!!

Apa yang penting 2012 dijadikan sumber rujukan yang paling penting, sumber tauladan dan juga sempadan. Kehidupan ini pastinya akan kita teruskan juga sampai akhirnya.

Sempena tahun baru 2013, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua penjenguk blog ini, terima kasih kerana sudi meluangkan masa menatap sumber yang ada sini. Apa yang penting bagi saya ialah mencari ilmu itu tiada sempadannya dan ilmu itu untuk semua.

SELAMAT TAHUN BARU 2013!!!

Acucubotrateh!!!

Ahad, 2 Disember 2012

Aplikasi Yang Patut Ada Dalam Gajet Android Setiap Muslim

Kemajuan pesat dalam teknologi banyak membawa manfaat kepada sejagat. Boleh dikatakan setiap orang pasti ada gajet tertentu disamping mereka. Akhir ini, gajet berasaskan Android menjadi pilihan pengguna. Telefon pintar atau tablet dijadikan teman pembantu untuk menyelesaikan tugasan harian.



Sebagai pengguna muslim banyak aplikasi membantu kita menjadi seorang muslim yang sejati. Pada tulisan saya kali ini, sedikit info tentang aplikasi berasaskan Android yang patut terdapat dalam gajet setiap individu muslim. Dua aplikasi yang dapat mengingatkan diri kita ini adalah kerdil, hamba Allah dan kita ada tempat yang ditujui kelak.

Aplikasi yang menjadi pilihan saya ialah :




  1. MySolat, dimana aplikasi ini dapat membantu kita mengingati tugasan wajib 5 kali sehari yang patut kita segera lakukan. Tiba waktu solat pengguna dapat membuat pilihan mengumandangkan azan penuh/separa ataupun ‘beep’ secara ringkas. Turut sama disertakan pada aplikasi ialah arah kiblat yang menggunakan fungsi GPS. Fungsi ini amat penting bagi mereka yang selalu dalam perjalanan
  2. Quran Android, setiap muslim pasti satu quran yang lengkap disamping beberapakan tambahan seperti kita dapat mendownload terus bacaan Quran dari qari pilihan. Aplikasi pastinya memudahkan kita menbaca Quran dimana sahaja, secara peribadi aplikasi menyenangkan saya untuk memperbetulkan bacaan.

Selasa, 13 November 2012

MEGACLOUD : Satu Servis Simpanan Awan (Cloud Storage) Yang Menarik Untuk Pengguna Windows dan Ubuntu


Jika dulu kalau di sebut cloud storage/simpanan awan pasti janggal dan terasa kekoknya, tapi kini simpanan awan telah menjadi satu gedung simpanan data yang meluas kepenggunaannya untuk pengguna komputer, hari ini terdapat pelbagai servis simpanan awam muncul dengan pelbagai pakej atau tawaran yang menarik, masing-masing mempunyai daya penariknya, cuma kita sebagai pengguna, sejauh manakah kita menggunakan simpanan awan ini?


Bagi capaian data yang efisien, dengan kemunculan variasi gajet, kita memerlukan satu tempat simpanan data yang memungkinkan kita mengakses dan perkongsian data yang dikehendaki di mana-mana jua. Simpanan awan merupakan satu alternatif tempat simpanan data yang sentiasa berkembang kapasitinya dan pasti data tersebut selamat disimpan.
Bagi pengguna linux khususnya Ubuntu, satu simpanan awan telah dibekalkan secara percuma, Ubuntu One menyediakan storan percuma sebanyak 5Gb kepada penguna OS Ubuntu, bagi pengguna Windows pula bagaimana?


Secara peribadi saya menggunakan Ubuntu dan Windows 7 sebagai OS netbook dan juga desktop, jadi untuk capaian data antara Ubuntu dan Windows 7 saya mengguna simpanan awan Megacloud sebagai perantaranya.


Megacloud merupakan satu servis simpanan awan yang menarik di antara beberapa penyedia servis berikut, untuk simpanan pada Megacloud kita diberikan 8Gb storan percuma dan 8Gb lagi storan untuk backup data. 

Rabu, 31 Oktober 2012

XWidget dan XLaunchpad untuk Windows 7 & 8


Sebelum ini dalam tulisan saya yang lepas, saya ada menyentuh tentang paparan desktop. Memang tidak dinafikan paparan desktop yang menarik dan kreatif mempengaruhi keterujaan dan kekerapan penggunaan sesebuah komputer. Desktop yang hampar mempunyai kesan sebaliknya.

Desktop yang berasaskan OS Linux pada asasnya tidak mempunyai masalah dalam modifikasi desktopnya kerana ia asasnya sumber terbuka. Namun kepada pengguna Windows ianya agak terhad atau sedikit aplikasi kearah itu.


Bagi pengguna Windows 7, terdapat satu aplikasi widget yang kreatif dan dapat membantu pengguna memenuhi citarasa pengguna.


Xwidget dan XLaunchpad merupakan satu aplikasi sumber terbuka untuk mengolah paparan desktop Windows menjadikan ianya lebih segar dan kreatif. 

Selasa, 23 Oktober 2012

Aplikasi Pejabat (Kingsoft Office Suite) untuk pengguna Windows - Satu Alternatif


Aplikasi pejabat atau Office Suite merupakan set aplikasi yang penting dalam sesebuah OS komputer. Tugasan untuk menyelesaikan kerja-kerja seharian untuk pejabat, pelajar dan individu didokong oleh aplikasi Word, Spreadsheets dan Presentation.


Bagi pengguna Linux aplikasi pejabat ini didokong oleh Libre Office dan beberapa aplikasi dari sumber terbuka yang lain. Manakala bagi Windows, Microsoft Office merupakan aplikasi pejabat yang menjadi kemestian dalamnya.
Bagi pengguna Windows terdapat satu alternatif sebagai pilihan untuk aplikasi pejabat iaitu Kingsoft Office Suite.
Kingsoft Office Suite merupakan satu set aplikasi pejabat yang boleh dikatakan yang paling hampir dengan suasana Microsoft Office. Aplikasi Kingsoft ini didatangkan dengan set pejabat iaitu Kingsoft Word, Kingsoft Spreadsheet dan Kingsoft Presentation. Apa yang pentingnya aplikasi ini boleh didapati secara percuma dan terdapat juga dalam versi berbayar.

Selasa, 16 Oktober 2012

uGet antara pilihan internet download manager untuk Ubuntu/Linux dan Windows


Kebanyakkan pengguna mempunyai pilihan dan penilaian yang berbeza. Begitu juga dalam memilih aplikasi yang bersesuaian dengan kesesuaian masing-masing, selera yang berbeza.



Dalam OS Ubuntu 11.10 yang digunakan dalam netbook ini, saya telah memilih uGet sebagai aplikasi internet download manager, secara peribadi aplikasi uGet ini mudah untuk saya jalankan, lain-lainnya ialah :
  • Simple, mudah digunakan, dan sangat ringan.
  • Mendukung pause dan resume.
  • Mempunyai kemampuan untuk mengklasifikasi download dan setiap kategori dapat dikonfigurasikan secara terpisah.
  • Dapat digunakan melalui perintah di Terminal (command line).
  • Adanya clipboard monitoring.
uGet juga telah mengeluarkan versi terbaharu mereka iaitu uGet 1.10.2, untuk versi terbaharu ini, penggunaan shortcut untuk keyboard telah diadakan seperti :
  • Enter = opens the downloaded file
  • Shift + Enter = opens the file's containing folder.
  • Delete = deletes the entry from inside of uGet
  • Shift + Delete = deletes the entry and the file ("Delete File and Data")

Selasa, 9 Oktober 2012

Split dan joint movie file dalam Ubuntu/Linux


Saya jarang ke pawagam untuk menonton. Mungkin kesuntukan masa, boleh dikira dengan jari berapa kali saya ke pawagam, mungkin juga suasana pawagam membuatkan saya tak berapa gemar ke sana, bagi saya menonton di pawagam adalah terlalu formal, saya sukakan santai apabila menonton.
Untuk menonton movie, saya biasanya membeli dvd/vcd yang dikehendaki ataupun saya akan mendownloadkan movie pilihan saya. Biasanya saya gemar memasuki DDMF untuk mendownload movie.
Dalam DDMF, biasanya file movie ini dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian, contohnya moviefile.mkv.001, moviefile.mkv.002, moviefile.mkv.003 dan seterusnya. Untuk menonton movie yang telah didownload itu, kita mestilah gabung/joint pecahan file tersebut. Biasanya aplikasi yang digunakan untuk joint file ini ialah HjSplit.
Bagi pengguna ubuntu/Linux, terdapat beberapa kaedah pemasangan(install) aplikasi ini. Disini saya akan terangkan kaedah Install HjSplit menggunakan Java version :


Jumaat, 14 September 2012

Nitrux : Set Icon yang Menarik

Set icon merupakan set grafik yang memberikan kesan besar kepada desktop untuk kelihatan menarik, kemas dan elegan. Pengguna Ubuntu mempunyai kelebihan dalam mevariasikan pilihan icon yang mereka minati.

Nitrux merupakan satu set icon yang kemas, menarik, ringkas, elegan dan kelihatan modern. Set icon Nitrux merupakan pilihan saya untuk desktop saya yang terkini yang mana sebelum ini saya menggunakan Faenza icon.


Ahad, 9 September 2012

Urus wallpaper anda dengan Wallch

Setiap pengguna komputer pasti inginkan wallpaper yang menarik dan bersesuaian dengan minat mereka. Boleh dikatakan wallpaper merupakan '1st impression' untuk setiap komputer.

Bermacam-macam grafik yang ada untuk desktop dan ianya kadang-kadang memeningkan kita untuk membuat pilihan kerana semua wallpaper yang ada menarik dan kita inginkan.

Jadi, bagi pengguna Ubuntu, anda boleh membuat pengurusan wallpaper anda dengan aplikasi Wallch. Dengan aplikasi ini wallpaper dapat ditukar mengikut masa yang sesuai dengan kehendak pengguna. Dengan kata lain aplikasi ini mudah dan mesra pengguna.


Rabu, 29 Ogos 2012

Workrave : Masa Untuk Rehat Sejenak

Seharian di depan komputer?? Mengambil masa yang lama mengunakan komputer untuk berkerja atau bersosial atau bermain game boleh menjejaskan kesihatan kita tanpa rehat yang berkesan dan secukupnya.

Cara duduk dikerusi dan jemari memetik keyboard dan penggunaan tetikus mengadap komputer boleh mempengaruhi fizikal terutamanya sakit belakang, tengkuk dan masalah tendon otot.


Jadi, kita perlukan masa rehat yang betul dan secukupnya. Bagaimana?? Dengan aplikasi Workrave kita dapat berhenti sejenak dan seketika untuk rehat dan melakukan pergerakan atau senaman ringkas bagi menyegarkan semula fizikal.


Isnin, 27 Ogos 2012

Memasang Cairo Dock pada Ubuntu 11.10

Cairo Dock merupakan satu aplikasi dibina khusus untuk memudahkan capaian kepada sesuatu aplikasi yang dikehendaki. Selain itu, Cairo Dock dapat menjadikan desktop kelihatan kemas, menarik dan elegan sentiasa. Secara peribadi saya senang menggunakan Cairo Dock berbanding AWN dock kerana ianya lebih ringan dan menpunyai kepelbagaian efek pada docknya.



Ahad, 12 Ogos 2012

Balik Kampung

10 Tips Memandu Kenderaan bagi Perjalanan Jauh


Hari Raya Aidilfitri sudah hampir, pastinya segala kelengkapan perayaan telah disiapkan. Warga kota akan menuju kampung halaman masing-masing menyambut hari lebaran bersama keluarga tercinta. Jalanraya pasti akan berlaku kesesakan, kenderaaan menuju destinasi masing-masing.


Bagi mereka yang menempuhi perjalanan yang jauh, pastinya sudah melakukan beberapa persiapan untuk memastikan perjalanan yang selamat dan selesa. Warga Kelantan contohnya, terpaksa menempuhi satu perjalanan yang jauh sehingga 500km, ianya memakan masa hampir 12jam perjalanan, dengan keadaan jalan yang sesak, trafik jem, menuntut kesabaran yang tinggi. Apapun semangat beraya di kampung mengatasi segala-galanya.

Di sini, kita kongsikan beberapa tips untuk memandu bagi perjalanan yang jauh.....

1. Mulakan perjalanan dengan Bismillah....dan baca doa menaiki kenderaan dan berdoa kepada Allah agar perjalanan kita selamat.

2. Jika anda akan melakukan perjalanan jauh, rancanglah perjalanan untuk mengelakkan rasa letih dan mengantuk. Tulis atau tandakan perjalanan anda di dalam peta perjalanan anda pastikan laluan alternatif yang boleh digunakan jika jalan utama mengalami kesesakan atau tidak boleh dilalui.

3. Periksa kenderaan anda, pastikan tayar dalam keadaan baik, tekanan angin tayar yang mencukupi, lampu hadapan, lampu brek dan lampu isyarat berfungsi, cecair enjin kenderaan seperti minyak enjin dan minyak brek yang mencukupi dan selenggara kenderaan anda di pusat perkhidmatan kenderaan mengikut jadual.

Rabu, 8 Ogos 2012

4 Gnome Shell Extensions Pilihan Hati

Pengguna desktop Gnome Shell pastinya melengkapkan desktop mereka dengan extensions pilihan mereka yang dirasakan menarik dan membantu memudahkan penggunaan desktop masing-masing.

Bagi saya, 4 pilihan gnome shell extensions yang menjadi pilihan iaitu:
  1. Axe Menu Extensions


  2. Workspace Indicatoe Extensions


  3. Weather Indicator Extensions


Khamis, 5 April 2012

Wallpaper Wangsabuntu

Percubaan menghasilkan wallpaper menggunakan GIMP, maka terhasillah wallpaper ini...


Selamat mencuba GIMP....

Jumaat, 3 Februari 2012

Bersama Unity-Ubuntu 10.11


Sebelum ini saya memang jarang menggunakan antaramuka desktop Unity, sebaliknya lebih selesa dengan paparan desktop Gnome Shell. Secara peribadi, sebelum ini saya kurang selesa dengan Unity kerana ianya agak terbatas dengan gnome sebelum ini terutama dari segi effek desktop, dengan kata lain Unity tak cantik dan menarik.
Setelah agak lama menggunakan desktop gnome shell, saya mula merasa boring dan ingin beralih kepada Unity. Manusia memang tak puas dan satu perkara yang ada pada pengguna linux “mempunyai rasa mencuba yang begitu tinggi”. Dengan itu Unity saya layari dengan tenang dan semangat ingin belajar.
Unity sering disebut dan sentiasa dibandingkan dengan gnome shell. Setiap orang berbeza citarasa. Setiap yang dibangunkan dan diutarakan kepada pengguna pasti ada kelebihan yang tersendiri. Ubuntu pasti mengetahui sepenuhnya kehebatan unity. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta.

Ahad, 11 Disember 2011

GNOME PIE : WoWW!!



Antara beberapa perkara yang menarik kenapa saya menggunakan Linux : Ubuntu, Fedora ialah pelbagai perkara kita dapat mencubanya dengan mudah dan ini memang mengujakan minda.
Dalam versi terbaru Ubuntu 11.10, satu applikasi 'launcher' telah di keluarkan iaitu Gnome Pie. Satu pengalaman yang berbeza daripada applikasi sedemikian sebelum ini. Didatangkan dengan pelbagai tema yang menarik dapat menambahkan desktop kelihatan lebih elegan.

Sabtu, 26 November 2011

BOOT-REPAIR : DUAL BOOT FEDORA 15 DAN UBUNTU 11.10


        Setelah saya selesai menginstall Ubuntu 11.10 dengan sempurna, saya telah mengalami satu masalah di mana OS Fedora 15 yang digunakan sebelum ini tidak dapat dibootkan. Grub2 Ubuntu 11.10 tidak dapat membaca sistem LVM/ Grub legacy yang Fedora 15 gunakan. Fedora tidak tersenarai dalam grub2 Ubuntu.

     
     Agak memeningkan juga, pencarian dengan Pak Cik Google yang penuh kesabaran bertemankan 'air sirap batu' diatas meja, gali dan terus menggali, akhirnya masalah grub/ boot ini dapat diatasi dengan menggunakan satu aplikasi iaitu Boot-Repair.