Sila klik

Isnin, 14 Oktober 2013

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Dari Wangsa Linux...Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha....Selamat Beribadah Korban...Semoga korban kita diterima Allah...InsyaAllah.

Acucubotrateh!!!

Ahad, 13 Oktober 2013

Tips : Tips Untuk Sentiasa Mengingat Apa Yang Dipelajari

Selamat Sejahtera Semua...
Setiap orang sentiasa belajar dari masa ke semasa, dari belajar secara formal kepada mempelajari keseluruhan aspek kehidupan dengan pelbagai pengalaman massa. Apabila sebut perkataan belajar biasa ianya sinonim dengan perkataan lupa. Ya, kita mudah lupa apa yang kita pelajari. Baik, dalam posting kali ini saya memberikan beberapa tips berguna untuk pelajar. Biasanya kita mudah lupa apa yang diajar guru semasa PdP didalam kelas.



Rabu, 9 Oktober 2013

Aplikasi Microsoft Office Pro 2013 Portable




Salam dan Selamat Sejahtera...
Kebelakangan ini saya memang jarang update posting di dalam blog, mungkin terlalu sibuk dengan hal-hal lain. Baik, kali ini saya ingin berkongsi mengenai aplikasi office (pejabat). Boleh dikatakan semua pengguna komputer atau gajet lain menggunakan aplikasi office seperti word, spreedsheet , presentation dan sebagainya. Dalam posting saya sebelum ini saya ada bercerita tentang aplikasi Office Kingsoft dan secara peribadinya saya sudah lama tidak menggunakan aplikasi office dari Microsoft Office, saya lebih banyak menggunakan aplikasi office dari Libre Office dan Kingsoft Office.


Berbalik kepada tajuk posting kali ini, pengguna yang selalu menggunakan aplikasi Microsoft Office pasti ingin versi aplikasi office mereka yang terbaru. Kini pengguna boleh dapatkan Microsoft Office Pro 2013 portable, secara peribadinya saya telah mencuba aplikasi ini dan ianya berbaloi. Aplikasi portable ini memaparkan ciri-ciri terbaru Microsoft Office dan ianya mesra pengguna.

Selasa, 1 Oktober 2013

30 Orang Pertama Dalam Islam


ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM :
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. 

Isnin, 6 Mei 2013

PRU13 : Keputusan Telah Diumumkan.....

Setelah semua warganegara Malaysia yang layak mengundi menunaikan tugas masing-masing, yang pulang ke kampung bersemangat menunaikan tanggungjawab seadanya, semuanya merasa lega, tugas yang lama dinantikan telah selesai sudah.
Debaran kini bertukar rentak, hati bergelodak ingin mengetahui keputusannya. Berubah atau kekal, itulah dua perkataan utama PRU13. Kini SPR bersama petugas sedang sibuk mengira undi di tempat yang telah ditetapkan. Mulai jam 8 malam beberapa keputusan telah diumumkan.
Pada jam lebih kurang 1 pagi 06 Mei 2013, SPR mengumumkan Barisan Nasional telah mendapat majoriti simple 112 kerusi parlimen. Dengan ini BN telah membentuk kerajaan, mungkin keputusan ini seolah macam mimpi, namun ianya pasti, ianya kekal dan masih tidak berubah. Apakah perasaan anda???
Keputusan muktamad SPR bagi Parlimen dan DUN  lebih kurang 3.58 pagi adalah seperti berikut :


 
Setakat ini itu merupakan ketusan terkini setakat ini. Apapun kita terima seadanya keputusan ini dengan hati terbuka dan profesional. Sebagai muslim, semua ini dari Allah, Dia yang mengetahui segala-galanya. Kita telahpun laksanakan amanah yang diberikan.
Sekian catatan untuk kali ini, semoga ceria dan tergolong dalam golongan orang yang bersabar.
Acucubotrateh!!!