Waktu atau hari cuti biasanya saya gunakan peluang itu untuk balik ke kampung, bertemu ibu yang sentiasa menanti kepulangan anak menantu dan cucunya, di sini masa untuk berehat dan santai begitu 'cantik', dan waktu beginilah saya mengambil peluang untuk mencari sesuatu sumber dari sumber terbuka tanpa rasa diganggu oleh kerja lain.
Disember ini saya habiskan cuti di kampung (pantai timur=Klate+Pahe), suasana hujan membuat saya melekat depan netbook. Sewaktu asyik menggodek Ubuntu dan Fedora, saya dipelawa ibu...ada hidangan di meja makan...apa lagi, saya terus LOMPAT dan TIKAM!!! Memang terasa lemak, manis dan ianya memang SEDAP!!! Sudah lama tidak menikmati lompat tikam, sejenis kuih, kuih negeri pantai timur khususnya 'Klate', yang memang menjadi kegemaran saya.
Jadi, di antara Ubuntu, Fedora dan Lompat Tikam...saya pilih pastinya LOMPAT TIKAM, kuih tradisi kita, hidup kita sentiasa bergerak dengan teknologi, gaya hidup efisyen dengan sistem terkini dan pastinya...corak pemakanan kita pun berubah, namun asal kita, usul kita jangan sekali lupa. Lupa pasa asal kita bermaksud kita bergerak songsang kebelakang, unteknologi!!!LOMPAT TIKAM!!!!
Selamat Menjalani Kehidupan yang sempurna dan bahagia......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan