Sila klik

Isnin, 26 Disember 2011

UPGRADE 'LOVE' KEPADA 'VERNE'

Sebelum ini saya hanya menggunakan Fedora 16 'Verne' secara live boot melalui pendrive. Kekurangan masa menyebabkan niat untuk upgrade fedora 15 pada netbook saya terpaksa ditangguhkan. Pada minggu yang lepas saya telah berpeluang untuk upgrade F15 kepada F16.
Sebelum saya meneruskan sesi ini, untuk makluman, komputer yang digunakan ialah Acer aspire one netbook, Intel® Atom™ CPU N270 @ 1.60GHz × 2, harddisk 160GB, RAM 1GB, dual boot Fedora 15 bersama Ubuntu 11.10. Untuk upgrade ini saya menggunakan prosuder berikut, buka aplikasi terminal dan taipkan arahan berikut :
  • arahan untuk 'root user'
    • su
  • rpm pakej perlu diupdatekan terlebih dahulu.
    • yum update rpm
  • setelah update ianya perlu di install
    • yum -y update
  • bersihkan cache update tersebut
    • yum clean all
  • setelah itu jalani proses preupgrade
    • yum install preupgrade
  • taipkan arahan berikut
    • preupgrade
  • setelah itu satu wizard upgrade akan muncul
    • pilih Fedora 16 (verne) pada paparan wizard tersebut
  • proses upgrade dijalankan sehingga selesai kemudian pilih arahan reboot now
  • Di sini, setelah saya reboot paparan grub masih lagi seperti sebelum ini,tiada perubahan (jd jem sekejap cpu tuan komputer...),saya membuat sedikit rumusan dan mencuba langkah berikut...
      • saya restart, boot pada Ubuntu 11.10, pilih aplikasi grub repair (lihat post sebelum ini) yang saya install sebelum ini dalam Ubuntu,
      • pilih repair grub secara default
      • setelah repair selesai, saya restart balik
      • dan, paparan upgrade kepada fedora16 terdapat pada grub tersebut
      • pilih upgrade Fedora 16
      • tunggu sehingga selesai proses tersebut
      • restart...dan lihat hasilnya, fedora 16 berjaya diupgrade.
  • Selamat mencuba....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan