Salam semua...semoga sihat dan sentiasa berbahagia dengan kehidupan yang dilalui..syukur!!! Tanpa berceloteh panjang, posting kali ini kita berbicara lagi tentang android. Majoriti menggunakan android, kalau dibuat pecahan pengguna, sebahagian pengguna OS ini dikalangan guru dan pelajar.
Terdapat beberapa aplikasi yang telah Wangsa Linux kenalpasti dapat memudahkan guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan lain-lain tugasan secara umumnya. Aplikasi ini juga dapat dijadikan sebagai pembantu yang sentiasa bersama guru yang semua kita tahu sibuk dengan pelbagai tugasan.
Antara aplikasi tersebut ialah :
Aplikasi ini dapat membantu guru untuk 'reminder' setiap sebelum tibanya waktu mengajar. Pada aplikasi ini juga guru dapat membuat catatan tentang peperiksaan dan cuti persekolahan yang akan datang. Setiap kerja rumah yang guru berikan dapat dicatatkan. Paparan jadual seminggu dan harian dapat membantu perancangan P d P. Ciri lain ialah paparan widget pada home skrin memudahkan tugas guru.
Ciri utama My Class Schedule adalah ia dapat menunjukkan jadual anda untuk mana-mana hari atau minggu tertentu. Selain
itu terdapat banyak lain-lain ciri-ciri berguna, Tidak
kira jika anda berada di sekolah atau tidak, penggunaan aplikasi ini membantu anda menjejaki semua tugas-tugas yang
berkaitan.