Sila klik

Sabtu, 26 November 2011

BOOT-REPAIR : DUAL BOOT FEDORA 15 DAN UBUNTU 11.10


        Setelah saya selesai menginstall Ubuntu 11.10 dengan sempurna, saya telah mengalami satu masalah di mana OS Fedora 15 yang digunakan sebelum ini tidak dapat dibootkan. Grub2 Ubuntu 11.10 tidak dapat membaca sistem LVM/ Grub legacy yang Fedora 15 gunakan. Fedora tidak tersenarai dalam grub2 Ubuntu.

     
     Agak memeningkan juga, pencarian dengan Pak Cik Google yang penuh kesabaran bertemankan 'air sirap batu' diatas meja, gali dan terus menggali, akhirnya masalah grub/ boot ini dapat diatasi dengan menggunakan satu aplikasi iaitu Boot-Repair.

Jumaat, 25 November 2011

INSTALL 11.10.......adakah aku terlambat....


      Semenjak Ubuntu 11.10 dilepaskan sebulan lalu saya hanya memuat turun fail iso nya dan menggunakan pendrive untuk boot sistemnya. Bukan apa kerana terlalu ralit dengan fedora 15. Walau bagaimanapun tak boleh tidak, ubuntu juga yang menjadi penawar hati akhirnya,...mungkin ianya merupakan OS sumber terbuka yang pertama saya kenali.

     

Isnin, 14 November 2011

Fedora 16 untuk anda!!!


             

            Mencuba sesuatu yang baru memang menyeronokkan dan menguja minda. Setelah mencuba Fedora 15 “lovelock" dapat dirasakan kelainannya menggunakan OS linux sebelum ini. 
             Baru saja nak memahirkan diri dengan fedora 15, komuniti linux redhat telah mengumumkan Fedora 16 “verne” telah dilepaskan secara rasminya pada 8 november baru-baru ini. Itulah dia fedora yang sentiasa memecut dengan versi terkininya. Seperti biasa, Fedora terus untuk membangunkan (sumbangan redhat) dan mengintegrasikan sumber terbaru perisian bebas dan terbuka.

             Berikut adalah gambaran ringkas ciri-ciri utama untuk Fedora 16 :

Pertembungan antara Unity dan Gnome shell


Pertembungan antara Unity dan Gnome shell


Pertembungan antara Unity dan Gnome 3 (gnome shell) telah memulakan pencarian saya dalam beberapa OS yang terdapat dalam sumber terbuka. Secara peribadi saya kurang seronok menggunakan unity yang paparan utama ubuntu juka dibandingkan dengan gnome shell yang saya rasakan agak mesra pengguna.