Semenjak
Ubuntu 11.10 dilepaskan sebulan lalu saya hanya memuat turun fail iso
nya dan menggunakan pendrive untuk boot sistemnya. Bukan apa kerana
terlalu ralit dengan fedora 15. Walau bagaimanapun tak boleh tidak,
ubuntu juga yang menjadi penawar hati akhirnya,...mungkin ianya merupakan OS
sumber terbuka yang pertama saya kenali.
Oleh
kerana masa yang terluang juga banyak akhir-akhir ini saya ambil
keputusan untuk menginstall terus Ubuntu 11.10 ini ke dalam netbook
acer saya. Secara peribadi, saya merasakan proses install ini
menyenangkan dan ianya tidak mewas-waskan kalau pengguna yang mahu
berjinak dengan ubuntu ini.
Setelah
1 hingga 4 jam selesailah proses installisasi ini dengan up-datenya sekali
dan membuat beberapa kemasan untuk menyedapkan mata (amat
penting..kalau tak mata cepat lebih..he...he..). Di sini saya
turunkan beberapa paparan screenshot setelah proses tersebut selesai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan