Sila klik

Isnin, 14 November 2011

Fedora 16 untuk anda!!!


             

            Mencuba sesuatu yang baru memang menyeronokkan dan menguja minda. Setelah mencuba Fedora 15 “lovelock" dapat dirasakan kelainannya menggunakan OS linux sebelum ini. 
             Baru saja nak memahirkan diri dengan fedora 15, komuniti linux redhat telah mengumumkan Fedora 16 “verne” telah dilepaskan secara rasminya pada 8 november baru-baru ini. Itulah dia fedora yang sentiasa memecut dengan versi terkininya. Seperti biasa, Fedora terus untuk membangunkan (sumbangan redhat) dan mengintegrasikan sumber terbaru perisian bebas dan terbuka.

             Berikut adalah gambaran ringkas ciri-ciri utama untuk Fedora 16 :


  •  Dipertingkatkan sokongan awan ‘cloud’ atau boleh dikatakan mesra awan 'cloud’ termasuk Aeolus Conductor, Condor Cloud, HekaFS, OpenStack and pacemaker-cloud

  • Menggunakan GNOME 3.2   
  • Beberapa penambahbaikan sistem teras termasuk 2 GRUB dan penyingkiran HAL

 

            Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang fedora 16 ini, lawatilah fedora projek untuk info lebih jelas dan terkini.
            Fedora 16 untuk anda!!! Untuk kita semua!!!
            Selamat mencubanya..........


Tiada ulasan:

Catat Ulasan