Setelah
saya selesai menginstall Ubuntu 11.10 dengan sempurna, saya
telah mengalami satu masalah di mana OS
Fedora 15 yang digunakan sebelum ini tidak dapat dibootkan.
Grub2 Ubuntu 11.10 tidak dapat membaca sistem LVM/ Grub legacy
yang Fedora 15 gunakan. Fedora tidak tersenarai dalam grub2
Ubuntu.
Agak
memeningkan juga, pencarian dengan Pak Cik Google yang penuh
kesabaran bertemankan 'air sirap batu' diatas meja,
gali dan terus menggali, akhirnya masalah grub/ boot ini dapat
diatasi dengan menggunakan satu aplikasi iaitu Boot-Repair.
Untuk
menjalankan Boot-Repair ini, terdapat 2 cara iaitu :
Pertama, dengan menggunakan CD / yang telah
burn dengan iso file atau live usb boot repair. Boot-Repair ini boleh
dimuat turun pada link berikut
https://sourceforge.net/projects/boot-repair-cd/files/
Kedua,
Cara kedua ialah dengan menginstallkan terus pada ubuntu. Untuk
istall pada ubuntu taipkan arahan ini pada terminal :
sudo add-apt-repository ppa:yannubuntu/boot-repair
sudo apt-get update && sudo apt-get install -y boot-repair && boot-repair
Aplikasi
ini akan membuat satu diagnosis pada sistem boot, dan mengenal
pasti OS dan fail sistem yang terdapat dalam cekera keras. Setelah
dikenal pasti permasalahan, saya telah memilih opsyen yang
dicadangkan untuk sedikit pembetulan pada sistem boot/grub.
Ahkirnya
selesai, restart sistem, kedua OS Ubuntu11.10 dan Fedora 15 telah
terdapat pada paparan grub. Jadi kita boleh memilih samada
Unity atau Gnome Shell...saya pilih kedua-duanya sekali!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan