Dalam satu situasi....cuba bayangkan ianya adalah anda dan keluarga anda...
Satu malam dalam suasana mood yang ceria dan gembira bersama ahli keluarga di rumah ibu anda membuat persiapan untuk menyambut syawal. Anda dan keluarga sedang memilih beberapa kain langsir yang telah siap untuk di pasang semperna menyambut hari besar hari raya aidilfitri nanti. Ruih rendah keluarga anda sedang memilih beberapa set kain langsir yang telah siap untuk pasang malah dijahit sendiri oleh ahli keluarga. Pelbagai warna dan corak yang ada. Semuanya comel-comel belaka. Tengah ruih itu tiba-tiba.............
Sekumpulan perompak telah memasuki rumah anda, keluarga anda di ugut, semua harta benda yang bernilai dikebas, hatta sampul angpau untuk raya pun di cilok oleh para penyamun itu. Senyum perompak semua...puas dengan hasil rompakan.
Sebelum beredar dengan hasil rompakan itu, salah seorang dari perompak tersebut juga merupakan peminat hiasan dalaman kediaman terutamanya seni kain langsir. Maka disuruhnya ahli keluarga yang dirompak itu memilih 3 set langsir yang paling cantik. Dari 3 set langsir itu dipilihlah satu daripadanya yang paling cantik. Perompak itu memaksa keluarga itu memasang langsir yang dipilihnya, hanya langsir itu yang wajib menjadi penyeri raya nanti. Pilihan terbaiiik, kata perompak itu.
Setelah itu, perompak itupun beredar dengan girangnya, harta dirompak, malah sempat lagi menjadi perunding hiasan langsir rumah itu. Gembira sakan lah penjahat itu. Oleh kerana badi dengan perompak itu, maka keluarga itupun teruslah menggunakan langsir pilihan hati perompak itu. Cantik pula nampak pilihan perompak itu, kena dengan tema raya keluarganya, bisik hati seisi keluarga itu. Kadang tu tersenyum bangga melihat kain langsir yang cantik dan gah itu. Tak sia-sia rumah kena rompak.
Kalau ianya terjadi pada anda...apakah reaksi anda? Teruskah anda menggunakan langsir itu...buatan keluarga pilihan perompak!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan