Sila klik

Ahad, 9 September 2012

Urus wallpaper anda dengan Wallch

Setiap pengguna komputer pasti inginkan wallpaper yang menarik dan bersesuaian dengan minat mereka. Boleh dikatakan wallpaper merupakan '1st impression' untuk setiap komputer.

Bermacam-macam grafik yang ada untuk desktop dan ianya kadang-kadang memeningkan kita untuk membuat pilihan kerana semua wallpaper yang ada menarik dan kita inginkan.

Jadi, bagi pengguna Ubuntu, anda boleh membuat pengurusan wallpaper anda dengan aplikasi Wallch. Dengan aplikasi ini wallpaper dapat ditukar mengikut masa yang sesuai dengan kehendak pengguna. Dengan kata lain aplikasi ini mudah dan mesra pengguna.



Untuk memasang aplikasi Wallch ini, pengguna Ubuntu boleh pergi ke Ubuntu Software Centre, taip Wallch pada carian aplikasi, secara auto software centre aplikasi Wallch yang dikehendaki. Kemudian tekan install, setelah selesai anda boleh lakukan sedikit konfurigasi mengikut kesesuaian anda.


Setelah semuanya selesai anda boleh menikmati desktop dengan wallpaper kesukaan anda semahu mungkin.

Selamat mencuba.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan