Sila klik

Rabu, 29 Ogos 2012

Workrave : Masa Untuk Rehat Sejenak

Seharian di depan komputer?? Mengambil masa yang lama mengunakan komputer untuk berkerja atau bersosial atau bermain game boleh menjejaskan kesihatan kita tanpa rehat yang berkesan dan secukupnya.

Cara duduk dikerusi dan jemari memetik keyboard dan penggunaan tetikus mengadap komputer boleh mempengaruhi fizikal terutamanya sakit belakang, tengkuk dan masalah tendon otot.


Jadi, kita perlukan masa rehat yang betul dan secukupnya. Bagaimana?? Dengan aplikasi Workrave kita dapat berhenti sejenak dan seketika untuk rehat dan melakukan pergerakan atau senaman ringkas bagi menyegarkan semula fizikal.




Aplikasi Workrave boleh dipasangkan pada Ubuntu dan juga Windows. Bagi Ubuntu, cara pemasangan ialah taipkan arahan di bawah pada terminal.

sudo apt-get install workrave


Workrave pastinya dapat membantu kita untuk mendapatkan kesegaran semula untuk memulakan kembali kerja yang optimum.

Selamat mencuba....
Sumber


Tiada ulasan:

Catat Ulasan