Sila klik

Selasa, 7 Ogos 2012

Malam Lailatul-Qadar

Setelah menempuhi hari-hari di bulan ramadhan dengan penuh kesabaran, kini kita telah menghampiri penghujung bulan yang penuh barakah ini. Melalui 10 hari terakhir ramadhan merupakan satu tempoh waktu yang dinantikan, malam lailatul-qadar yang penuh dengan kebaikan dan rahmat Allah. Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.


Lailatul-Qadar adalah kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada umat Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang tidak ternilai fadhilatnya. Ini ada kaitan dengan umur manusia di zaman akhir ini (Umat Muhammad).

“Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)"
(Surah al-Qadar).

Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar).
Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat, itulah kelebihan umat Muhammmad antaranya diampunkan dosa-dosanya pada malam Lailatul Qadar belum pernah terjadi kepada umat lain sebelum ini. Disamping doa dan harapan kita umat Islam untuk mendapat kesejahteraan hidup, rezki yang berkat, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik dan sebagainya tiada hijab untuk Allah menerima dan memakbulkannya.


Diriwayatkan oleh 'Aisyah r.a.,..
 “Sesiapa menghidupkan (Beribadat sepanjang malam) malam Lailatul-Qadar dan mendirikan sembahyang dua rakaat, kemudian memohon keampunan daripada Tuhannya, maka diampunkan dia oleh Allah Ta'ala dan di masukkan ke dalam rahmatNya, kemudian disapukan dia oleh Jibril a.s. dengan dua sayapnya. Barangsiapa disapu oleh Jibril dengan sayapnya maka di dalam syurgalah tempatnya…..”.

Wallahua'lamu Bishshawab...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan