10 Tips Memandu Kenderaan bagi Perjalanan Jauh
Hari Raya Aidilfitri sudah hampir, pastinya segala kelengkapan perayaan telah disiapkan. Warga kota akan menuju kampung halaman masing-masing menyambut hari lebaran bersama keluarga tercinta. Jalanraya pasti akan berlaku kesesakan, kenderaaan menuju destinasi masing-masing.
Bagi mereka yang menempuhi perjalanan yang jauh, pastinya sudah melakukan beberapa persiapan untuk memastikan perjalanan yang selamat dan selesa. Warga Kelantan contohnya, terpaksa menempuhi satu perjalanan yang jauh sehingga 500km, ianya memakan masa hampir 12jam perjalanan, dengan keadaan jalan yang sesak, trafik jem, menuntut kesabaran yang tinggi. Apapun semangat beraya di kampung mengatasi segala-galanya.
Di sini, kita kongsikan beberapa tips untuk memandu bagi perjalanan yang jauh.....
1. Mulakan perjalanan dengan Bismillah....dan baca doa menaiki kenderaan dan berdoa kepada Allah agar perjalanan kita selamat.
2. Jika anda akan melakukan perjalanan jauh, rancanglah perjalanan untuk mengelakkan rasa letih dan mengantuk. Tulis atau tandakan perjalanan anda di dalam peta perjalanan anda pastikan laluan alternatif yang boleh digunakan jika jalan utama mengalami kesesakan atau tidak boleh dilalui.
3. Periksa kenderaan anda, pastikan tayar dalam keadaan baik, tekanan angin tayar yang mencukupi, lampu hadapan, lampu brek dan lampu isyarat berfungsi, cecair enjin kenderaan seperti minyak enjin dan minyak brek yang mencukupi dan selenggara kenderaan anda di pusat perkhidmatan kenderaan mengikut jadual.
4. Sentiasa mengikut undang-undang dan tanda-tanda amaran di jalanraya.
5. Sabar dan bertimbang rasa di jalanraya dan sentiasa mengutamakan keselamatan jalanraya.
6. Elakkan dari memulakan perjalanan pada waktu awal pagi atau memandu pada waktu tengahari selepas waktu kerja.
7. Anda hendaklah berhenti berehat setiap 2 jam masa pemanduan dan berehat tidak kurang dari 20 minit. Ada baiknya jika anda ditemani oleh pemandu kedua yang boleh memandu secara bergilir.
8. Jika rasa mengantuk :
Besar kemungkinan anda akan terlibat dalam kemalangan jika ianya dibiarkan berterusan. Menambah kesejukan penghawa dingin, membuka tingkap kenderaan, mendengar radio, bercakap atau menyanyi hanya dapat menghilangkan rasa mengantuk untuk sementara waktu. Kesempatan tersebut boleh membantu anda untuk mencari tempat yang sesuai dan selamat untuk berhenti. Minum secawan atau dua cawan kopi keras yang mempunyai kandungan kafeina yang tinggi. Tidur dalam tempoh 15 minit atau lebih. Hanya tidur sahaja yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan terlelap semasa memandu.
9. Keselamatan Kanak-kanak di Dalam Kereta :
Tempat duduk kanak-kanak dan bayi adalah di tempat duduk belakang kereta. Elakkan daripada meletakkan mereka di tempat duduk hadapan kerana ianya amat merbahaya jika terjadi kemalangan.
Sesetengah kereta mempunyai beg udara yang boleh mencederakan kanak-kanak atau orang dewasa yang tidak berapa tinggi apabila ia menggelembung.
Pastikan bayi atau kanak-kanak sentiasa diikat dengan kemas dan selamat di dalam tempat duduk bayi atau kanak-kanak. Gunakan tempat duduk yang sesuai dengan usia dan saiz mereka. Tali pinggang keledar pula mestilah dikancing dengan kemas dan sempurna. Ini amat penting untuk menjamin keselamatan mereka!
Untuk memastikan seorang kanak-kanak atau bayi yang aktif terikat dengan kemas di kerusi masing-masing bukanlah suatu kerja mudah tetapi ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa mereka sekiranya terjadi kemalangan.
Walaupun kanak-kanak berusia di antara empat hingga dua belas tahun tidak memerlukan tempat duduk khas, mereka mestilah sentiasa memakai tali pinggang keledar. Pastikan kereta anda mempunyai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kereta. Jika tidak, anda boleh memasangnya.
Kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas boleh duduk di tempat duduk hadapan tetapi pastikan mereka memakai tali pinggang keledar dengan sempurna sekalipun untuk perjalanan yang dekat. Tali pinggang keledar hendaklah dipakai seketat mungkin. Tali pinggang duduk hendaklah dipakai di paras pelvis bukannya di atas perut. Pastikan tali pinggang tempat duduk bayi berada di atas bahu mereka bukannya di leher dan jangan biarkan bayi mengeluarkan sebahagian bahu mereka dari tali pinggang keledar.
Kanak-kanak biasanya akan menjadi tidak tenteram apabila memakai tali pinggang keledar. Mereka akan merengek atau meragam minta dilepaskan dari ikatan. Jangan sekali-kali mengalah dengan mereka kerana semuanya adalah untuk keselamatan mereka. Dan jangan sekali-kali meriba bayi atau kanak-kanak walaupun untuk perjalanan yang dekat.
10. Jarakkan kenderaan anda serta elakkan dari mengekori kereta hadapan terlalu rapat. Hal ini dapat mengelakkan dari kemalangan berlaku. Jika memandu ketika hujan lebat, perlahankan kelajuan kenderaan dan pasang lampu hadapan. Elakkan daripada memandu laju kerana keadaan jalan raya yang licin boleh mengakibatkan kecelakaan.
Semoga dengan mengamalkan etika ini, kita dapat menikmati perjalanan yang selamat, selesa dan menyeronokkan dan sampai ke kampung dengan selamat
Selamat Balik Kampung...Selamat Hari Raya

Tiada ulasan:
Catat Ulasan