‘marhaban ya Ramadan, marhaban ya shahrul barakah’
Dalam menunaikan amalan berpuasa di siang hari di bulan ramadhan kita juga di wajibkan menunaikan zakat fitrah mengikut kadar yang tertentu. Zakat fitrah hanya ditunaikan pada bulan ramadhan dan waktunya tamat pada hari raya pertama. Apabila terbenam matahari satu syawal, maka zakat fitrah yang ditunaikan sudah menjadi qada.
Ibnu Umar meriwayatkan:
“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.”
(Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169)

Zakat fitrah dikenakan kepada semua umat Islam, sama ada merdeka mahu pun hamba sahaya. Untuk menunaikan zakat fitrah, Islam menetapkan bahawa seseorang itu mempunyai makanan yang cukup baginya pada malam hari raya sehingga ke siang hari raya. Jika seseorang itu mempunyai makanan yang cukup bagi tempoh itu, maka wajiblah zakat fitrah ke atasnya.
Kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu atau bersamaan 2.3 kilo beras atau sesuatu yang sama nilai dengannya.
Kadar zakat untuk tahun ini 2012 ialah :
5 waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan:
Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Paling Afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh : Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Di samping itu, zakat fitrah juga menepati kehendak puasa yang bermaksud mengembalikan manusia kepada fitrah. Apabila zakat fitrah ditunaikan, maka akan terhakislah rasa tamak dan haloba dalam diri. Akan tersingkaplah tirai kesombongan dan diganti dengan rasa rendah diri dan saling berkongsi.
Ibnu Abbas menyatakan:
“Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.”
(Hadis Riwayat Abu Daud).
Islam adalah agama fitrah. Asas kepada fitrah ini ialah saling ambil tahu, saling berkongsi dan saling membahu. Oleh itu, kedatangan Ramadan Al-Mubarak inilah masanya kita menunjukkan tingginya hemah kita sebagai seorang muslim. Muslim yang menyantuni sesama saudaranya dengan keikhlasan dan kepatuhan kepada agama.
Selamat Kita Beramal Bersama-sama dan saling ingat-mengingati antara satu sama lain.
(Siti tercinta dalam kenangan....Al-fatihah...)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan