Hari ini tidak dinafikan kebanyankan pengguna telefon pintar menggunakan Android sebagai penggeraknya. Namun sejauh manakah pengguna telefon pintar/ gajet/ tablet ( OS android) mengetahui keupayaan kepenggunaan aplikasi gajet mereka secara total atau maksimum. Untuk mengetahui adakah kita mempunyai akses yang penuh ke atas gajet android tersebut, kita perlu mengetahui sistem itu telah di'root' ataupun sebaliknya.
Sebelum kita pergi lebih jauh, apakah yang dikatakan 'root'?. Istilah 'root' ini datang dari sistem operasi Linux, di mana akaun pentadbir (Administrator) yang mempunyai akses penuh terhadap sistem operasi digelar sebagai root. Secara ringkasnya root ini adalah satu proses untuk memberikan pengguna telefon pintar untuk akses penuh atau membuat sebarang perubahan terhadap sistem di dalam gajet itu. Apa jua limitasi yang didatangkan sekali dengan telefon pintar tersebut akan 'dihilangkan' sepenuhnya.
Pengeluar
mengunci sistem tersebut adalah untuk menjaga fungsi-fungsi yang telah
disetkan. Sekiranya tidak dikunci ditakuti pengguna akan tersilap
memasuki sistem ni dan secara tidak sengaja meminda sistem tersebut. Ini
boleh menjadikan gajet tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik.
Pertama, Keupayaan sistem akan menjadi lebih pantas dan laju, ini adalah perkara
pertama yang akan dirasai oleh pengguna sebaik gajet tersebut
selesai proses root. Gajet atau telefon pintar akan menjadi lebih pantas berbanding
sebelum root.
Kedua, Boleh membuang aplikasi yang tidak digunakan dalam gajet untuk mengurangkan memori dalaman dan meminimakan penggunaan RAM - Terdapat pelbagai aplikasi yang kita tidak gunakan yang terkandung dalam gajet kita seperti contoh Chinese Keyboard, Wheater Widget, Wisepilot dan sebagainya. Aplikasi ini hanya membuat memori sediada kita penuh dan ada diantaranya akan beroperasi secara background. Ini secara tidak langsung membuatkan RAM kita akan meningkat. Aplikasi ini boleh dibuang untuk menjimatkan ruang memori dan meminimakan penggunaan RAM. Secara tidak langsung ia akan membantu menjimatkan sedikit penggunaan bateri.

Ketiga, Pengguna
dapat menginstall aplikasi yang melibatkan root seperti Titanium
backup. Aplikasi ini adalah untuk back up segala sistem dan aplikasi
dalam gajet atau telefon pintar. Sekiranya berlaku kerosakan pada peranti, maka
pengguna boleh restore semula sistem dan aplikasi yang telah di buat
back up.
Namun begitu, 'root' juga boleh mendedahkan sistem kita kepada serangan
virus, dikhabarkan sekiranya pengguna membuat pengubahsuaian
terhadap sistem ianya boleh menjadi terdedah kepada serangan virus.
Walau bagaimanapun perkara ini masih menjadi perdebatan kerana
sebenarnya serangan virus turut boleh menyerang kepada mana-mana peranti
walaupun proses root tidak dijalankan.
Boleh
menghilangkan waranti, sekiranya pengguna membuat root kepada telefon tersebut satu perkara yang paling mustahak perlu diketahui
adalah waranti telefon atau gajet tersebut akan hilang. Ini kerana pihak
pengeluar tidak akan memberi jaminan kepada peranti yang telah diusik
sistemnya sekiranya rosak.
Jadi, dapat kita simpulkan disini, root mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri, semuanya bergantung kepada objektif atau tujuan kita menggunakan gajet atau telefon pintar tersebut.
Selamat Mencuba...
Acucubotrateh!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan