Sila klik

Ahad, 20 Januari 2013

Renungan : 10 Kata-kata Nasihat Daripada Saidina Ali r.a


Pada posting yang lalu saya telah memaparkan beberapa kata nasihat atau kata hikmah daripada sahabat Rasulullah, khususnya Saidina Ali r.a, diharapkan agar tulisan lalu itu memberikan satu pedoman untuk kita semua.

Kali ini juga saya akan memaparkan lagi 10 kata-kata nasihat daripada Saidina Ali r.a, sepertimana yang kita ketahui Saidina Ali r.a merupakan antara sahabat yang banyak menuturkan kata-kata yang penuh hikmah, mari kita sama-sama renungkan kata-kata sahabat nabi ini mudahan ianya berguna dalam kehidupan seharian kita.

Di antara kata-kata Saidina Ali r.a ialah:
1.  Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
2.  Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging yang tersimpan rapi di dalam rusuknya.
3.  Mengajar adalah proses pembelajaran.
4.  Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.
5.  Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.


6.  Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.
7.  Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah dan rasakan apa yang dikatakannya.
8.  Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
9.  Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.
10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.

Sekian, selamat menjalani kehidupan dengan penuh ketenangan.

Acucubotrateh!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan