Sila klik

Rabu, 29 Ogos 2012

Workrave : Masa Untuk Rehat Sejenak

Seharian di depan komputer?? Mengambil masa yang lama mengunakan komputer untuk berkerja atau bersosial atau bermain game boleh menjejaskan kesihatan kita tanpa rehat yang berkesan dan secukupnya.

Cara duduk dikerusi dan jemari memetik keyboard dan penggunaan tetikus mengadap komputer boleh mempengaruhi fizikal terutamanya sakit belakang, tengkuk dan masalah tendon otot.


Jadi, kita perlukan masa rehat yang betul dan secukupnya. Bagaimana?? Dengan aplikasi Workrave kita dapat berhenti sejenak dan seketika untuk rehat dan melakukan pergerakan atau senaman ringkas bagi menyegarkan semula fizikal.


Selasa, 28 Ogos 2012

Landskap : Penanaman Biji Benih Halus

Kediaman yang mempunyai landskap yang menarik memang menjadi idaman semua. Kepelbagaian spesis tanaman menambahkan lagi nilai estetika landskap tersebut.

Antara tanaman yang menjadi kegemaran wanita ialah tanaman mempunyai bunga dan warna yang menarik. Biasanya tanaman semusim mempunyai bunga yang cantik. Antaranya petunia, balong ayam, chrysanthemun, bunga butang dan sebagainya.



7 Kata-kata Hikmah Dari Saidina Ali r.a - Sejenak Bermuhasabah


Masa berlalu pantas meninggalkan perlakuan yang telah kita lakukan. Ada perkara yang baik dan ada perkara yang silap telah kita perbuatkan, kadang-kadang kita lupa, lalai dan merugikan atau mensia-siakan masa yang dianugerahkan.

Muhasabah diri amat bernilai sekurang-kurangnya apa yang baik diperkuatkan lagi, apa yang silap mudah-mudahan dapat diperbetulkan. Kesempatan atau detik hati untuk kita merenung diri adalah satu anugerah yang tak ternilai kerana kita diberikan hidayah untuk bermuhasabah diri kita.


Adakalanya untuk melakukan perubahan, seseorang itu memerlukan dorongan atau kata-kata sebagai penguat dan pembakar semangat. Di sini dapat kita kongsikan sebahagian kata-kata yang penuh hikmah. Diantara 7 kata-kata hikmah Saidina Ali r.a untuk tatapan dan renungan bersama :

1. Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

2. Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal . Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yg baik.

Isnin, 27 Ogos 2012

Memasang Cairo Dock pada Ubuntu 11.10

Cairo Dock merupakan satu aplikasi dibina khusus untuk memudahkan capaian kepada sesuatu aplikasi yang dikehendaki. Selain itu, Cairo Dock dapat menjadikan desktop kelihatan kemas, menarik dan elegan sentiasa. Secara peribadi saya senang menggunakan Cairo Dock berbanding AWN dock kerana ianya lebih ringan dan menpunyai kepelbagaian efek pada docknya.



Jumaat, 17 Ogos 2012

Dalam Perjalanan (Musafir) - Solat Jamak dan Qasar

Hari ini memang jalan raya semakin sesak, kenderaan memenuhi jalan raya, sekali lagi kita bermusafir menuju kampung halaman. Dalam semangat berkobar nak sampai ke kampung tu solat jangan kita lupa agar perjalanan kita diberkati Allah.
Disini dapat kita kongsikan tentang solat jamak dan qasar untuk kita praktikkan semasa dalam perjalanan balik kampung. Moga-moga solat ini akan memudahkan urusan kita.

Pengertian
Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.

Pembahagian Solat Jamak
Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.

Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.

Syarat Jamak Taqdim
    1.Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
    2.Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
    3.Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
    4.Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
    5.Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.

Syarat Jamak Takhir
    1.Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
    2.Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.

Syarat Qasar
    1.Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
    2.Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
    3.Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
    4.Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
    5.Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).
    6.Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
    7.Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

Khamis, 16 Ogos 2012

3 Distro Linux Untuk Pengguna Baru Linux

Linux mempunyai versi distro yang pelbagai mengikut kategori masing-masing. Namun bagi pengguna yang baru hendak berjinak-jinak dengan Linux pastinya sukar untuk membuat pilihan distro yang bersesuaian sebagai permulaan.

Anda mungkin tertanya-tanya apakah faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memilih distro yang sesuai. Antara faktor-faktornya ialah mempunyai paparan UI (antaramuka) yang mesra pengguna, proses instalisasi yang mudah dan sokongan dalam talian yang hebat.

Antara 3 distro linux yang sesuai:
1. Ubuntu 12.04LTS
     Merupakan satu distro Linux yang paling popular dan menjadi pilihan bagi pengguna baru.
 




2. Linux Mint 13
     Distro ini memfokuskan apa yang terbaik untuk pengguna dan menyediakan kebanyakkan permintaan peminat linux arus perdana.


Dapatkan Linuxmint disini....

Tidur Berkualiti - 7 Tips Tidur yang Berkualiti.

Rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan balik kampung.


Sebelum kita memulakan perjalanan balik kampung beraya, rehat yang secukupnya merupakan perkara penting bagi memastikan pemanduan yang selesa. Rehat yang terbaik ialah dengan cara kita tidur secukupnya. Bagaimana mahu tidur yang berkualiti. Di sini ada beberapa tips yang dapat kita kongsikan bersama-sama.

Diantara tipsnya adalah seperti berikut :

1) Tidur dalam bilik yang gelap, sunyi dan memiliki sistem pengudaraan yang baik.
2) Tidur dalam keadaan berselimut.
3) Tidur tanpa bantal membantu memiliki postur tubuh yang baik.
4) Tidur dalam keadaan lurus. Elak daripada tidur secara membengkok.
5) Tidur awal atau selewat-lewatnya pada pukul 11 malam setiap hari.
6) Minum segelas air putih atau susu sebelum dan selepas bangun tidur. Ia membantu membersihkan bahagian dalaman tubuh. Elak minum kopi atau teh.
7) Amalkan latihan pernafasan sebelum tidur. Tarik nafas perlahan-lahan dan sedalamnya. Regangkan tubuh sebentar dan lepaskan nafas perlahan-lahan.

Selasa, 14 Ogos 2012

STOP114A - Stop The Madness

Stop the Madness - Membunuh Kebebasan Internet

Pindaan ini akan meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya kepada pihak yang menuduh, yang jelas bercanggah dengan dasar dan prinsip keadilan. Secara khusus, pengguna laman sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan lain-lain akan dipertanggungjawabkan dengan setiap isi kandungan dalam laman-laman mereka, walaupun komen dan artikel itu ditulis oleh pihak lain.


Ahad, 12 Ogos 2012

Balik Kampung

10 Tips Memandu Kenderaan bagi Perjalanan Jauh


Hari Raya Aidilfitri sudah hampir, pastinya segala kelengkapan perayaan telah disiapkan. Warga kota akan menuju kampung halaman masing-masing menyambut hari lebaran bersama keluarga tercinta. Jalanraya pasti akan berlaku kesesakan, kenderaaan menuju destinasi masing-masing.


Bagi mereka yang menempuhi perjalanan yang jauh, pastinya sudah melakukan beberapa persiapan untuk memastikan perjalanan yang selamat dan selesa. Warga Kelantan contohnya, terpaksa menempuhi satu perjalanan yang jauh sehingga 500km, ianya memakan masa hampir 12jam perjalanan, dengan keadaan jalan yang sesak, trafik jem, menuntut kesabaran yang tinggi. Apapun semangat beraya di kampung mengatasi segala-galanya.

Di sini, kita kongsikan beberapa tips untuk memandu bagi perjalanan yang jauh.....

1. Mulakan perjalanan dengan Bismillah....dan baca doa menaiki kenderaan dan berdoa kepada Allah agar perjalanan kita selamat.

2. Jika anda akan melakukan perjalanan jauh, rancanglah perjalanan untuk mengelakkan rasa letih dan mengantuk. Tulis atau tandakan perjalanan anda di dalam peta perjalanan anda pastikan laluan alternatif yang boleh digunakan jika jalan utama mengalami kesesakan atau tidak boleh dilalui.

3. Periksa kenderaan anda, pastikan tayar dalam keadaan baik, tekanan angin tayar yang mencukupi, lampu hadapan, lampu brek dan lampu isyarat berfungsi, cecair enjin kenderaan seperti minyak enjin dan minyak brek yang mencukupi dan selenggara kenderaan anda di pusat perkhidmatan kenderaan mengikut jadual.

Khamis, 9 Ogos 2012

Menunaikan Zakat Fitrah

‘marhaban ya Ramadan, marhaban ya shahrul barakah’


Dalam menunaikan amalan berpuasa di siang hari di bulan ramadhan kita juga di wajibkan menunaikan zakat fitrah mengikut kadar yang tertentu. Zakat fitrah hanya ditunaikan pada bulan ramadhan dan waktunya tamat pada hari raya pertama. Apabila terbenam matahari satu syawal, maka zakat fitrah yang ditunaikan sudah menjadi qada.

Ibnu Umar meriwayatkan:
“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.”
(Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169)

Zakat fitrah dikenakan kepada semua umat Islam, sama ada merdeka mahu pun hamba sahaya. Untuk menunaikan zakat fitrah, Islam menetapkan bahawa seseorang itu mempunyai makanan yang cukup baginya pada malam hari raya sehingga ke siang hari raya. Jika seseorang itu mempunyai makanan yang cukup bagi tempoh itu, maka wajiblah zakat fitrah ke atasnya.

Kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu atau bersamaan 2.3 kilo beras atau sesuatu yang sama nilai dengannya.


Kadar zakat untuk tahun ini 2012 ialah :


5 waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan:

Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Paling Afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh : Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Rabu, 8 Ogos 2012

4 Gnome Shell Extensions Pilihan Hati

Pengguna desktop Gnome Shell pastinya melengkapkan desktop mereka dengan extensions pilihan mereka yang dirasakan menarik dan membantu memudahkan penggunaan desktop masing-masing.

Bagi saya, 4 pilihan gnome shell extensions yang menjadi pilihan iaitu:
  1. Axe Menu Extensions


  2. Workspace Indicatoe Extensions


  3. Weather Indicator Extensions


Selasa, 7 Ogos 2012

Malam Lailatul-Qadar

Setelah menempuhi hari-hari di bulan ramadhan dengan penuh kesabaran, kini kita telah menghampiri penghujung bulan yang penuh barakah ini. Melalui 10 hari terakhir ramadhan merupakan satu tempoh waktu yang dinantikan, malam lailatul-qadar yang penuh dengan kebaikan dan rahmat Allah. Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.


Lailatul-Qadar adalah kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada umat Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang tidak ternilai fadhilatnya. Ini ada kaitan dengan umur manusia di zaman akhir ini (Umat Muhammad).

“Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)"
(Surah al-Qadar).

Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar).
Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat, itulah kelebihan umat Muhammmad antaranya diampunkan dosa-dosanya pada malam Lailatul Qadar belum pernah terjadi kepada umat lain sebelum ini. Disamping doa dan harapan kita umat Islam untuk mendapat kesejahteraan hidup, rezki yang berkat, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik dan sebagainya tiada hijab untuk Allah menerima dan memakbulkannya.