Sila klik

Isnin, 14 Oktober 2013

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Dari Wangsa Linux...Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha....Selamat Beribadah Korban...Semoga korban kita diterima Allah...InsyaAllah.

Acucubotrateh!!!

Ahad, 13 Oktober 2013

Tips : Tips Untuk Sentiasa Mengingat Apa Yang Dipelajari

Selamat Sejahtera Semua...
Setiap orang sentiasa belajar dari masa ke semasa, dari belajar secara formal kepada mempelajari keseluruhan aspek kehidupan dengan pelbagai pengalaman massa. Apabila sebut perkataan belajar biasa ianya sinonim dengan perkataan lupa. Ya, kita mudah lupa apa yang kita pelajari. Baik, dalam posting kali ini saya memberikan beberapa tips berguna untuk pelajar. Biasanya kita mudah lupa apa yang diajar guru semasa PdP didalam kelas.



Rabu, 9 Oktober 2013

Aplikasi Microsoft Office Pro 2013 Portable




Salam dan Selamat Sejahtera...
Kebelakangan ini saya memang jarang update posting di dalam blog, mungkin terlalu sibuk dengan hal-hal lain. Baik, kali ini saya ingin berkongsi mengenai aplikasi office (pejabat). Boleh dikatakan semua pengguna komputer atau gajet lain menggunakan aplikasi office seperti word, spreedsheet , presentation dan sebagainya. Dalam posting saya sebelum ini saya ada bercerita tentang aplikasi Office Kingsoft dan secara peribadinya saya sudah lama tidak menggunakan aplikasi office dari Microsoft Office, saya lebih banyak menggunakan aplikasi office dari Libre Office dan Kingsoft Office.


Berbalik kepada tajuk posting kali ini, pengguna yang selalu menggunakan aplikasi Microsoft Office pasti ingin versi aplikasi office mereka yang terbaru. Kini pengguna boleh dapatkan Microsoft Office Pro 2013 portable, secara peribadinya saya telah mencuba aplikasi ini dan ianya berbaloi. Aplikasi portable ini memaparkan ciri-ciri terbaru Microsoft Office dan ianya mesra pengguna.

Selasa, 1 Oktober 2013

30 Orang Pertama Dalam Islam


ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM :
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. 

Isnin, 6 Mei 2013

PRU13 : Keputusan Telah Diumumkan.....

Setelah semua warganegara Malaysia yang layak mengundi menunaikan tugas masing-masing, yang pulang ke kampung bersemangat menunaikan tanggungjawab seadanya, semuanya merasa lega, tugas yang lama dinantikan telah selesai sudah.
Debaran kini bertukar rentak, hati bergelodak ingin mengetahui keputusannya. Berubah atau kekal, itulah dua perkataan utama PRU13. Kini SPR bersama petugas sedang sibuk mengira undi di tempat yang telah ditetapkan. Mulai jam 8 malam beberapa keputusan telah diumumkan.
Pada jam lebih kurang 1 pagi 06 Mei 2013, SPR mengumumkan Barisan Nasional telah mendapat majoriti simple 112 kerusi parlimen. Dengan ini BN telah membentuk kerajaan, mungkin keputusan ini seolah macam mimpi, namun ianya pasti, ianya kekal dan masih tidak berubah. Apakah perasaan anda???
Keputusan muktamad SPR bagi Parlimen dan DUN  lebih kurang 3.58 pagi adalah seperti berikut :


 
Setakat ini itu merupakan ketusan terkini setakat ini. Apapun kita terima seadanya keputusan ini dengan hati terbuka dan profesional. Sebagai muslim, semua ini dari Allah, Dia yang mengetahui segala-galanya. Kita telahpun laksanakan amanah yang diberikan.
Sekian catatan untuk kali ini, semoga ceria dan tergolong dalam golongan orang yang bersabar.
Acucubotrateh!!!

Sabtu, 4 Mei 2013

PRU13 : Selamat Mengundi

Sudah ramai balik kampung, berpusu-pusu kenderaan telah memenuhi jalan raya menuju ke destinasi masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara. Masing-masing tidak sabar untuk memangkah parti idaman yang akan diberikan tanggungjawab untuk menguruskan tanahair yang tercinta.


Mana pilihan anda? Anda semua sudah maklum, kita mahukan satu kerajaan yang amanah serta berwibawa untuk mentadbir negara kelak. Undilah dengan betul moga-moga undi kita diberikan pahala oleh Allah.
Selamat mengundi....
Acucubotrateh!!!

DLNA : Apa yang patut kita tahu...



Digital Living Network Alliance (DLNA) adalah satu organisasi (NGO) yang diwujudkan oleh Sony untuk membolehkan pelbagai peranti berkongsi kandungan sesuatu peranti melalui WIFI. DLNA dianggotai pelbagai syarikat yang berkaitan teknologi. Berlainan dengan Apple, Apple bukanlah ahli DLNA dan mereka menggunakan teknologi AirPlay mereka.  DLNA dan AirPlay tidak boleh berhubung antara satu sama lain.
DLNA direka untuk bertindak sebagai jambatan antara pelbagai bit anda kit, jadi anda boleh menonton filem dari PC anda di TV skrin besar anda, memainkan MP3 dari telefon pintar anda pada stereo anda, atau menghantar gambar dari album foto keluarga untuk pencetak wayarles anda melalui tablet anda. Fikirkan ia sebagai sejenis awan rumah: ia tidak kira di mana media anda atau apa yang peranti anda sedang pegang; dengan DLNA, apa sahaja yang anda mahu dapat dicapai di mana anda berada dan apa sahaja yang anda gunakan.

Sabtu, 27 April 2013

Layan Lagu dengan Grooveshark

Grooveshark merupakan satu aplikasi media yang menjanjikan kepuasan kepada penggemar musik dalam pelbagai genre musik yang diminati. Grooveshark merupakan memainkan pilihan lagu kegenarab anda secara online, namun begitu ianya boleh dimainkan secara offline mengikut versinya.
Aplikasi ini boleh dilayari menggunakan aplikasi pelayar web kegemaran anda seperti Mozilla, Chrome, Safari dan pelbagai lagi. Namun begitu ianya boleh dilayari tanpa menggunakan pelayar web, dengan pengguna aplikasi mudah-alih Grooveshark, anda boleh buka aplikasi ini secara terus pada windows anda. Untuk muat turun aplikasi ini sila klik link berikut Grooveshark.

Ahad, 24 Februari 2013

Mari Belajar Jawi : Aplikasi Tulisan Maruah Bangsa...

سلام...کالي اين وڠسا لينوايک س اکن برچريتا تنتڠ توليسن جاوي يڠ سماکين هاري دلوڤاکن اوليه بڠساڽ سنديري. سجاٴوە مان ݢينراسي هاري اين ممڤو منوليس جاوي، دڠن لنچر؟ سيتواسي اين امت مڽديهکن. نامون ببراڤا اوسها ڤيهق٢ ترتنتو دالم ممرتبتکن
                                                                                                                                  توليسن واجر دڤوجي.
Satu laman mengenai tulisan jawi iaitu ejawi.net telah menawarkan satu aplikasi secara online untuk menukarkan tulisan rumi kepada tulisan jawi. Klik pada transliteration untuk mendapat aplikasi menukar rumi ke jawi. Selain itu beberapa maklumat tentang aktiviti tulisan jawi oleh pertubuhan atau badan tertentu dimuatkan.

Sabtu, 23 Februari 2013

Android : Aplikasi untuk Guru

Salam semua...semoga sihat dan sentiasa berbahagia dengan kehidupan yang dilalui..syukur!!! Tanpa berceloteh panjang, posting kali ini kita berbicara lagi tentang android. Majoriti menggunakan android, kalau dibuat pecahan pengguna, sebahagian pengguna OS ini dikalangan guru dan pelajar.
Terdapat beberapa aplikasi yang telah Wangsa Linux kenalpasti dapat memudahkan guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan lain-lain tugasan secara umumnya. Aplikasi ini juga dapat dijadikan sebagai pembantu yang sentiasa bersama guru yang semua kita tahu sibuk dengan pelbagai tugasan.
Antara aplikasi tersebut ialah :


Aplikasi ini dapat membantu guru untuk 'reminder' setiap sebelum tibanya waktu mengajar. Pada aplikasi ini juga guru dapat membuat catatan tentang peperiksaan dan cuti persekolahan yang akan datang. Setiap kerja rumah yang guru berikan dapat dicatatkan. Paparan jadual seminggu dan harian dapat membantu perancangan P d P. Ciri lain ialah paparan widget pada home skrin memudahkan tugas guru.
Ciri utama My Class Schedule adalah ia dapat menunjukkan jadual anda untuk mana-mana hari atau minggu tertentu. Selain itu terdapat banyak lain-lain ciri-ciri berguna, Tidak kira jika anda berada di sekolah atau tidak, penggunaan aplikasi ini membantu anda menjejaki semua tugas-tugas yang berkaitan.

Ahad, 17 Februari 2013

Awas!!! Lindungi Gajet Android Anda.........

Tidak dapat dinafikan Android merupakan OS yang popular dan menjadi pilihan semua. Sebahagian besar dari masyarakat menggunakan gajet berasaskan Android untuk melakukan pelbagai aktiviti termasuk perbankkan online. Jadi besar kemungkinan gajet anda terdedah kepada situasi yang tidak diingini. Oleh itu langkah memberikan gajet anda satu perlindungan yang sepatutnya bergantung kepada kepenggunaannya adalah satu kemestian.

Sepertimana yang kita ketahui semua, virus serta malware merupakan satu ancaman jika bersikap acuh tak acuh pada keselamatan sistem gajet anda. Bahkan pertumbuhan malware yang menyerang Android cenderung lebih cepat dibanding malware yang menyerang . Informasi tersebut berdasarkan pada data yang dituliskan dalam laporan yang dikeluarkan oleh Micro. Di sini dikemukakan beberapa malware yang paling banyak menyerang Android di beberapa buah negara iaitu Andr/PJApps-C, Andr/BBridge-A, Andr/BatteryD-A, Andr/DrSheep-A, Andr/DroidRt-A, Andr/Opfake-C, dan Andr/Boxer-A.

Namun begitu beberapa aplikasi yang dapat mengenal pasti serangan dan ancaman ini dapat kita installkan pada paranti android untuk langkah keselamatan. Diantara aplikasi tersebut ialah :

1. Sophos Mobile Security

Aplikasi ini boleh didapati daripada play store secara percuma. Merupakan perisian terkini dari SophosLabs. Fungsi anti-virus ini membantu anda untuk mengelakkan perisian yang tidak diingini yang boleh membawa kepada kehilangan data dan kos yang tidak dijangka. Aplikasi ini juga melindungi peranti anda daripada serangan melalui kod USSD atau lain-lain khas. Dan jika peranti anda hilang atau dicuri, satu sistem kawalan jauh akan mengelakkan dan melindungi maklumat peribadi anda dari diceroboh.

Jumaat, 15 Februari 2013

Kelebihan Hari Jumaat


Hari jumat merupakan hari agung yang Allah mengistimewakan umat Islam dibandingkan semua umat sebelumnya dengan menganugerahkan kepada mereka hari ini. 


Hari jumat ini merupakan hari terciptanya manusia pertama, hari dia dimasukkan ke dalam surga, hari dia dikeluarkan darinya, dan tidak akan tegak hari kiamat kecuali pada hari jumaat. Dia merupakan hari raya pekanan kaum muslimin, shalat berjamaah pada hari tersebut (shalat jumat) -ditambah syarat lainnya- merupakan penghapus dosa selama sepekan ke depan bahkan Allah menambahkan padanya 3 hari sebagai rahmat dan keutamaan-Nya kepada para hamba.

Di akhir hari tersebut ada waktu mustajabah dimana Allah menjamin akan mengabulkan doa orang yang berdoa saat itu. Dan para ulama menyatakan bahwa waktu tersebut adalah antara shalat ashar dan maghrib di akhir hari jumat.

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ وَزِيَادَةُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ وَمَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا

“Barangsiapa yang berwudhu lalu dia menyempurnakan wudhunya, kemudian dia mendatangi shalat jumat, lalu dia mendengarkan (khutbah) dan tidak berbicara, maka akan diampuni (dosa-dosa yang dilakukannya) antara hari itu sampai hari jumat depannya, ditambah tiga hari. Dan barangsiapa yang memegang-megang batu kerikil, maka dia telah berbuat kesia-siaan.” (HR. Muslim no. 857)

Khamis, 24 Januari 2013

Maulidur Rasul : Sistem Islam Dinobatkan Ajaran Islam Dimartabatkan


Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini.

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.

Ahad, 20 Januari 2013

Renungan : 10 Kata-kata Nasihat Daripada Saidina Ali r.a


Pada posting yang lalu saya telah memaparkan beberapa kata nasihat atau kata hikmah daripada sahabat Rasulullah, khususnya Saidina Ali r.a, diharapkan agar tulisan lalu itu memberikan satu pedoman untuk kita semua.

Kali ini juga saya akan memaparkan lagi 10 kata-kata nasihat daripada Saidina Ali r.a, sepertimana yang kita ketahui Saidina Ali r.a merupakan antara sahabat yang banyak menuturkan kata-kata yang penuh hikmah, mari kita sama-sama renungkan kata-kata sahabat nabi ini mudahan ianya berguna dalam kehidupan seharian kita.

Di antara kata-kata Saidina Ali r.a ialah:
1.  Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
2.  Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging yang tersimpan rapi di dalam rusuknya.
3.  Mengajar adalah proses pembelajaran.
4.  Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.
5.  Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

Rabu, 9 Januari 2013

Jom 'root' android anda!!!


Hari ini tidak dinafikan kebanyankan pengguna telefon pintar menggunakan Android sebagai penggeraknya. Namun sejauh manakah pengguna telefon pintar/ gajet/ tablet ( OS android) mengetahui keupayaan kepenggunaan aplikasi gajet mereka secara total atau maksimum. Untuk mengetahui adakah kita mempunyai akses yang penuh ke atas gajet android tersebut, kita perlu mengetahui sistem itu telah di'root' ataupun sebaliknya.

Sebelum kita pergi lebih jauh, apakah yang dikatakan 'root'?. Istilah 'root' ini datang dari sistem operasi Linux, di mana akaun pentadbir (Administrator) yang mempunyai akses penuh terhadap sistem operasi digelar sebagai root. Secara ringkasnya root ini adalah satu proses untuk memberikan pengguna telefon pintar untuk akses penuh atau membuat sebarang perubahan terhadap sistem di dalam gajet itu. Apa jua limitasi yang didatangkan sekali dengan telefon pintar tersebut akan 'dihilangkan' sepenuhnya.

Pengeluar mengunci sistem tersebut adalah untuk menjaga fungsi-fungsi yang telah disetkan. Sekiranya tidak dikunci ditakuti pengguna akan tersilap memasuki sistem ni dan secara tidak sengaja meminda sistem tersebut. Ini boleh menjadikan gajet tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik.

Rabu, 2 Januari 2013

Siapa Bakal Pemimpin Pilihan Kita? Satu rujukan bakal pengundi....


Satu amanah dan tanggungjawab bagi warganegara yang telah memenuhi syarat untuk memilih pemimpin. Tugas ini merupakan satu kewajipan. 5 tahun sekali untuk kita menilai siapa yang layak memimpin seterusnya memikul amanah untuk membawa negara mencapai kemajuan dunia dan mencapai keredaan Allah. Jadi sebagai pencerahan atau suluh minda, maka tulisan ini sedikit sebanyak dapat kita kongsikan untuk rujukan apa yang dikatakan kepimpinan.

SAIDINA Abu Bakar adalah Khalifah ar-Rasyidin pertama dan seorang sahabat paling akrab dengan Rasulullah SAW, banyak meninggalkan pesanan berharga buat kita untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan di dunia dan bekalan akhirat.

Antara yang pernah diwasiatkan oleh beliau ialah perlu memperkasakan diri dengan sifat amanah. Katanya, “Amanah adalah harta kekayaan sebenar hasil daripada keimanan yang teguh, ia adalah sifat sekalian kekasih Allah. Maka jadikanlah amanah sebagai perhiasan iman, jauhi kecurangan dan pangkat kemegahan kerana ia akan membinasakan kamu seperti umat terdahulu yang binasa.”

Jika kita perhatikan dengan akal yang tajam, maka pesanan beliau itu menepati saranan Rasulullah SAW mengenai isu sama.

Demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh), dan lapar (dengan berlakunya), kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.Surah al-Baqarah, Ayat 155

Kata Rasulullah SAW: “Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawab akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.” (Riwayat Muslim)

Pesanan Rasulullah SAW dan Abu Bakar itu jelas memberikan peringatan supaya kita tidak berebut-rebut dan melobi untuk muncul sebagai seorang pemimpin.

Ini kerana di bahu pemimpin itu terletaknya beban amanah yang mesti dilaksanakan. Kedudukan seorang pemimpin bukan untuk memperbanyakkan harta peribadi dan mengabaikan tanggungjawab terhadap orang bawahan.


Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013


2012 telah meninggalkan kita, begitu cepat rasa masa berlalu, setahun telah kita jalani kehidupan dan kini kita menempuh tahun yang baru, 2013. Pastinya dengan kedatangan tahun baru yang tiba ini kita menanam keazaman jauh di lubuk sanubari masing-masing. Masing-masing mempunyai hasrat ingin dicapai. Letakkan keazaman itu seeratnya pasti ianya membuahkan hasil, InsyaAllah!!!

Apa yang penting 2012 dijadikan sumber rujukan yang paling penting, sumber tauladan dan juga sempadan. Kehidupan ini pastinya akan kita teruskan juga sampai akhirnya.

Sempena tahun baru 2013, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua penjenguk blog ini, terima kasih kerana sudi meluangkan masa menatap sumber yang ada sini. Apa yang penting bagi saya ialah mencari ilmu itu tiada sempadannya dan ilmu itu untuk semua.

SELAMAT TAHUN BARU 2013!!!

Acucubotrateh!!!